Siapa Siti Nur Haliza?



Aku balik tadi tepat pukul 8 lebih malam *eh itu tepat ke??* err.Mula-mula aku nak cerita kejadian didalam kelas tadi,kelas tadi campur dengan kelas yang lagi satu tu,camni,kami ada 2 group,aku group B,dan lagi satu group A ,kiranya kelas harini bercampurlah kelas A campur B (pandai semua baca =p),nak dijadikan cerita semasa Doktor tengah bagi lecture,secara tiba-tiba lecturer nak panggil aku,tetapi beliau tak tahu nama aku dan ketika itulah keluar suara seorang lelaki yang aku tak tahu siapa datangnya dari arah belakang ,seraya berkata

"panggil je Siti Nur Haliza Puan" 
"oh betul ke nama Siti Nur Haliza" tanya Doktor
"dah puan tak tahu nama dia,panggil je la nama tu" kata budak lelaki itu

aku pun macam blur la masa tu,satu kelas duk gelak,aku macam tak tahu nak respon apa , yang terkeluar dari mulut aku

"siapa Siti Nur Haliza?,saya bukan Siti Nur haliza " T_T

Aku ingatkan habis takat tu je,tengah-tengah buat latihan,doktor datang pada aku,seraya berkata

"Siti Nur Haliza dah siap?"
aku geleng kepala seraya menjawab
"puan,saya bukan Siti Nur Haliza lah"
"kamu kenal ke budak lelaki yang kata kamu siti tu, classmate kamu ke?"
"taklah puan,saya tak kenal pun"

Walhal aku tak tahu siapa yang kata,tetapi teringin sangat nak tahu siapa yang kata tu ,teringin sangat *tangan ke bahu*, terima kasih sudi baca,cerita tentang zoo nanti ea,masih dalam keadaan penat sebab aku budget cerita zoo mungkin panjang...*perasan kekonon ada yang nak baca apa yang kau update....>_<*


Hai Kembar...*tetiba*

Gambar

Harini aku dapat berita gembira,syukur alhamdulillah Allah permudahkan,Claim aku dah masuk *eh tercakap plak kat sini*...k wassalam...


P/S : Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad

Coretan Cahaya Kehidupan :  Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

2 coret kat sini:

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan