Guru,Cikgu,Ustazah

Siapa kata tak best ,best tahu,semenjak aku bertukar profession ni, suara aku kejap ada kejap tak,mana tak nya setiap hari menyanyi (baca berleter) dekat anak murid. Cuba bayangkan,setiap hari korang kena menghadap budak-budak umur 4, 5 dan 6 tahun,tahap kesabaran apa yang perlu korang letakkan? sudah tentu tiada OK,kesabaran kena tiada batas ,even kau selalu beristighfar minta Allah beri kau kesabaran yang tiada batas tu.

Semua orang ingat ,jadi cikgu tadika ni,senang,mana taknya, pergi sekolah,suruh budak beratur,buat aktiviti dan masuk kelas ajar ABC,123 bla bla, tetapi pernah korang terfikir, budak-budak punya perangai? nah,meh sini aku bagi gambaran masa mula-mula aku terjebak  berkecimpung dalam pendidikan awal kanak-kanak,ada seorang budak ni,aku panggil dia budak emo,kawan duk tunjuk ibu jari kat dia,dah boleh buat dia marah pastu gaduh,tumbuk,baling kerusi etc,bayangkan,apa yang aku rasa masa tu? nak nangis tahu,yelah orang duk kata mudah ,senang nak handle budak,cuba duduk sehari and jaga,nak tengok mampu ke tak mampu? Alhamdulillah budak yang aku panggil emo tu dah tak emo dah, Allah elokkan dia,tak ada dah nak marah-marah sampai kerusi melayang. 

Bukanlah aku kata aku tak suka berada disini,memang aku suka dengan kanak-kanak , dan aku pernah mengimpikan untuk jadi cikgu tadika dan Allah perkenankan tetapi satu pelajaran yang aku dapat adalah :

"Dont expect you love the kids and you can handle them"

the answered was no because i have that feeling  masa my first day kat sini...haha..serve you right T_T

Ada juga perkara yang melucukan sepanjang aku berada disini ,yela cuba bayangkan budak-budak umur 4, 5 dan 6 punya jawapan,kau tak boleh nak jangka,sometimes bila mereka jawab kau rasa nak gelak guling-guling sebab jawapan dia kalah Maharaja lawak Mega tu,even sound yekeyeke,tapi itulah hakikatnya

contoh 1

nyanyi lagu Anak Nabi kita

"anak Nabi kita ada 7 orang,
3 laki-laki ,4 perempuan,
Kasim
Abdullah
Ibrahim
Fatimah
Zainab
umi Kalsum

then tetiba seorang budak kata ubi kayu

korang rasa lagu tu nyanyi sampai habis ke tak kalau cikgu nya macam terkejut dengan ubi kayu tu , ofcourse lah kena ulang semula kan

contoh 2

me: ambil buku warna ungu
murid : yang mana ustazah
me:perkataan yang warna ungu
murid : warna purple ye ustazah
me: ok..purple color

Dua-dua contoh ni adalah yang terbaru (sebab aku take over kelas budak 5 tahun,sebelum ni mengajar budak 6 tahun),yang lama punya aku dah lupa,sadis betul...=,( ,even korang rasa tak lawak tapi bagi aku yang menghadap depa setiap hari ni,rasa macam itulah hiburan aku *nada serius*

Aku nak cakap satu je,Terima kasih,thank you,syukran,jazakillahu khair kepada cikgu sekolah tadika aku kerana sabar dengan kerenah aku waktu aku umur begitu (sound macam budak nakal je....nakal ke? =p) ,You are the best dan terpilih...=)



gambar ni masa Sambutan Hari Raya Aidilfitri



coretan Cahaya Kehidupan : Terima Kasih Cikgu








Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Aku Juga Manusia Biasa

Ehem...ehem....yeay dah masuk tahun 2014,err come on dah nak penghujung 2014 kot,tak payah nak seronok sangatlah...=_="

abaikan mukadimah yang mengundang marah,arghhh....bosannya aku dengan hidup ini *tetiba*.Astaghfirullahal'azim,bawa mengucap,bawa beristighfar k,kau dah kenapa ??


Hidup aku sekarang biasa-biasa jela,macam korang,bangun pagi,mandi,bersiap,solat dan pergi kerja cuma waktu kerja aku awal pagilah,pukul 7.00 pagi,korang waktu tu mesti baru lepas mandi kan?sob..sob..

Kadang-kadang aku terfikir,adakah keputusan aku ini betul?yela dahulu kerja office,masuk pukul 8 pagi pukul 5 petang tepat aku dah boleh balik tapi sekarang??? ok memang tak patut aku question camtu,yela ,aku ke sini pun atas kehendak aku,siapa yang tak nak redha Allah kan?ofcourselah kalau itu tujuan utama,pastinya ujian Nya bertimpa-timpa (hyperbola kata kau) T_T


Apsal aku emo ea?entah,cuma,aku nak beritahu aku pun manusia biasa dan kebiasaanya aku akan suruh orang bersabar dalam masa sama sebenarnya kata-kata itu untuk diri aku sendiri,so,pleaselah jangan terasa sangat,sometimes apa keluar dari mulut aku adalah untuk menasihati diri aku sendiri (biasalah aku ni kan manusia perahsia,mana nak cerita exactly problem kat orang ,tapiii kenapa aku rasa macam dah cerita kat sini??? err)

Oklah,setakat ini sahaja yang mampu aku tulis eh tak taip,even aku rasa awkward sangat,tapi ku gagahi juga,sebab aku suka baca entri-entri aku balik,bukan syok sendiri,tetapi itulah hiburan aku dikala aku sepi selain..oh tak payahlah aku cerita k....=P

no doubt 
credit gmbar : sini


Coretan CK : aku juga manusia biasa 




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Salam Syawal

hai semua,

lama tak ke sini

actually banyak cerita yang nak di setorikan tapi kan kan kan

tak tau la napa

kenapa ea??


ok itu saja


hihi..sorry sedikit bergurau di Bulan Syawal


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin


credit gambar : Google


Coretan CK : sebenarnya aku rindukan zaman blog..itu sahaja....sekian...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan