Zoo Melaka - apa yang paling best?


Lama dah aku tak pergi ke Zoo Melaka,sebelum tu aku nak beritahu,aku tak seiras pun dengan Siti NurHaliza,sebab apa aku explain kat sini, sebab ada yang tanya dekat ruangan comment,aku serupa ke dengan Siti Nur Haliza?,huhu...macam langit dengan bumi,jauh sekali kot,ok dah kita sambung lagi kisah Zoo ni, seingat aku ketika aku sekolah kot aku pernah menjejakkan kaki ke sana,itupun aku ikut kakak aku yang nombor tiga,dulu masa anak-anak dia masih kecil lagi, bila dia balik kampung dia memang rajin bawa anak-anak dia pergi jalan-jalan dekat Bandar Melaka,so masa tu aku pun tumpang sekaki lah =)

Nak dijadikan cerita,disekolah aku ada anjurkan lawatan ke Zoo Melaka,bawa budak-budak 4 ,5 dan 6 tahun melihat haiwan yang ada dekat Zoo. Before hari kejadian, budak-budak ni excited k nak pergi,kalau kena psiko sikit like

"siapa yang tak nyanyi,dia tak dapat pergi zoo"

semua orang berdisplin nyanyi tanpa ada guru dalam kelas pun kedengaran semua orang menyanyi(rutin pagi,aku akan buka lagu doa macam doa Dhuha,rukun Islam,rukun Iman etc) ,kalau tak,jangan haraplah dorang semua nak nyanyi bersama (bebudak zaman sekarang....isk T_T). Boleh dikatakan setiap harilah dorang kena psiko macamtu,perangai sesorang masa tu,baik je,dengar cakap,yela takut tak dapat pergi Zoo kan kan =p.

Semasa hari Jumaat pagi sebelum pergi aku bertanya kepada mereka :

"Dekat sana nanti, kena dengar cakap siapa?"

"dengar cakap ustazah" jawab mereka

"bagus,kalau tak dengar cakap, ustazah tak nak bawa dia "

"tak nak..."
masa ni dah sejuk dah hati,yelah semua nak dengar cakap kan(lah sangat)...T_T

Semasa sampai disana and nak beli tiket,mereka dah jadi huru hara,suruh beratur ,mereka berterabur,seolah-olah aku yang kat depan ni macam orang asing bagi mereka,lantas aku pun bagi command

"Ok dah semua jom kita balik,..." belum sempat aku habiskan ayat mereka jawab

"tak nakkkkk" sambil buat muka  kesian...T_T


Padahal bukan aku buat betul-betul,depa pun,sekejap je insaf pastu buat balik,biasalah budak-budak kan,Sabar yang kau kena ada tiada tahap baca semula TIADA TAHAP,nampak tak aku bagi capslock tu,betapa cikgu-cikgu tadika kena ada kesabaran yang tinggi.salutelah pada cikgu-cikgu Tadika.

Semasa didalam Zoo,aku pun mulalah tanya binatang yang dijumpai dalam bahasa arab, semasa di tempat arnab,aku tanyalah budak-budak

"arnabun apa?"

"Arnab"

yang jawab tu bukan budak-budak,dia adalah orang yang bekerja di Zoo Melaka

"saya pun dulu sekolah agama,tahulah bahasa arab" jawab dia

masalahnya saya tak tanya awak pun...T_T

Ada satu kejadian,di akuarium besar yang ada didalamnya memerang,aku ada kat tepi akuarium tu,then aku pandang tempat lain,lepas tu aku pandang akuarium  secara tiba-tiba memerang tu buat aksi macam "we are champion" kat depan aku,mahu nya aku tak terkejut lantas aku "nampak cam lari ke tengah",lantas semua yang ada kat situ kata aku takut,"ustazah takut ea...ustazah takut ea"...like what? mana ada aku takut , aku terkejut lah...=(


Dipendekkan cerita,lawatan ini adalah sesuatu yang memenatkan (kaki aku terasa penatnya berjalan dan bayangkan esoknya tu aku ada kelas dekat Shah Alam,drive kerete manual sorang-sorang ,ce kome bayangkan T_T ) sebab kitarang jalan kaki dalam zoo tu ,bukan naik van ,actually bukan van,ianya macam ala kenderaan yang selalu ada kat zoo tu *sila google sendiri* =p. Nampak tak muka sorang-sorang(rujuk gambar diatas) ,Penat kan? Penat Sangat melayan kerenah dorang,takpe takpe,Nabi kan suka akan kanak-kanak *pujuk diri sendiri* =)



"bestnya ustazah ada dekat sini"
Sumber Gambar : Sini


Like seriously,dalam banyak-banyak binatang dalam Zoo, hanya kat sini je yang dorang kata paling Best?? lepas ni kita buat lawatan ke Playground je k...wassalam...terima kasih sudi baca ..


P/s: Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Coretan Cahaya Kehidupan : Nabi Muhammad suka akan kanak-kanak,jadi marilah jadi pencinta kanak-kanak kerana ianya Sunnah =)



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

5 coret kat sini:

fyra said...

Few times dah ke sini. Sebab study kat uitm melaka. Kekadang buat asgnmnt kat situ. hihi best!

Nurramizah fadzil said...

salam kenal..

http://hasyanaurah.com/2014/11/kelab-blogger-ben-ashaari-mycreativepixel-studio.html

Papaglamz said...

Lama dh Papaglamz x ke sini. Since Papaglamz sekolah menengah.. Sekarang dah tua.. Hahahaha

Hayani Nor said...

Bestnya bawak budak2 pegi jalan2 kan.. Mesti macam2 benda yang diorg tanya.. soalan x penah kita pikir pun ada kan.. Tak penah pegi lagi zoo melaka.. InsyaAllah ada masa nak pegi sana zoo sana pulak..

Butik GebuGebu said...

Bestnya bawak budak-budak pegi lawatan sambil belajar. tapi cuak jugak takut hilang ke ape ek.

Salam perkenalan =)

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan