Sekecik tu pun orang perasan tau…..

    Hello everyone have been here before (kalau adalah pembaca kalau takde tidak mengapa) , thank you so much sudah sampai ke sini even owner dia dah beberapa hari tidak update, 4 hari kot kan to be exact tak update, maafkan dia ye, kekadang dia tu ikut mood dia,walaupun seringkali janji taknak skip walaupun sehari tetapi tetaplah dia memungkirinya pun adoi….tetapi tolonglah jangan marah ke dia , kehidupan realiti kalau kamu tahu apa yang dia uruskan dan hadap,  pasti kamu akan bertolak ansur dengan dia , (dunia jangan terlalu kejam pada dia walaupun dia selalu pamerkan yang indah2 dalam hidup dia tetapi hanya Allah sahaja tahu apa yang dia telah lalui),itupun kalau kamu ada “common sense atau empati dalam diri” , jika tiada..its okay kamu boleh tutup tab blog ni, jangan buka2 lagi blog dia…(flip tudung) eh tiber nak emo tu kenapa ea wahai cahaya kehidupan, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman…so ssssaaaabbbbbaaaarrrrr k 😎

    Last update hari Isnin, harini hari Sabtu, ofcourse la cerita dari hari selasa sampai Jumaat , aku dah lupa sebab aku kan seorang pelupa ,sesungguhnya aku akan update apa yang aku ingat je k jadi kamu maafkan aku ye? Ok sambung cerita, ada satu hari ni tak ingat hari apa, aku ambil anak bongsu dari sekolah, tadika anak bongsu aku tu sebelah atas, kat bawah tu koperasi tentera dan pintu tu  cermin gelap, aku kalau berhenti ambil  anak, if depan pintu tu lapang, memang aku berhenti depan pintu lah, jadi kisahnya masa aku masukkan ank bongsu dalam kerata, aku hanya perasan sebelah selipar je jatuh kat luar, jadi aku ambil satu je la , so aku expect lagi satu ada kat kaki anak bongsu ,aku expect tau tapi aku tak tengok pun kaki anak bongsu aku tu, lepas dah tutup pintu kereta aku tu, aku tak jalan lagi, aku ambil hp masa ni sebab aku nak reply mesej dari siapa ntah aku tak ingat, pokoknya memang aku tak jalan lagi masa ni, secara tiba2 aku nampak bayang2 dari luar menuju ke depan pintu kereta aku, korang boleh bayangkan tak aku terkejut camne? Nasib baik cermin aku tu aku ada letak pelindung UV jadi tak nampak lah kekejutan aku tu camne adoiiiyaiii…huhu…nak tahu siapa? Pak Guard Koperasi Tentera hulurkan sebelah lagi selipar anak bongsu aku tu, aku cakap terima kasih sambil tundukkan kepala, lepas tu aku tutup cermin kereta, aku ase nak tekan je pedal minyak bagi cepat pergi dari situ, mesti orang dalam tu duk gelak2kan aku kan walaupun tak ada takpelah korang layan je imaginasi aku ni bukan bukan aku tak gila eaa…sometime biasalah orang berkhayal takkan korang tak pernah berkhayal eeeeleeeehhhh…*mata pandang atas bawah*. Tapi kan serious talk , aku tak expect ada orang akan pandang sedetails itu, yelakan selipar anak bongsu aku tu baru umur 2 tahun lebih, keciklah kan, jadinya aku twist that khayalan tadi tu kepada Allah gerakkan Pak Guard untuk tengok masa tu, sekaligus menjadi asbab selipar anak bongsu aku tu tak tercicir kat situ, jadinya syukur Alhamdulillah atas pertolongan Allah pada hari tersebut. Simple kan? Untuk positifkan diri kita kena selalu Letakkan Allah pada setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita. Tapi ada tapi jangan time buat dosa ko salahkan takdir Allah pula sedangkan kita punya akal untuk memilih jalan pahala atau jalan dosa ? Kan?jadi dah2 lah tu nak cari salah orang, lebih baik Bermuhasabah diri sendiri, perbaikki apa2 yang patut supaya kita menjadi Hamba Allah yang bertaqwa.*dah macam tajah lak kan?* sokay aku boleh jadi semua orang kecuali lelaki je tak leh…..hurmmm hambar yaty hambaarrrr…oklah aku rasa tu jelah setakat ni aku nak abadikan kat sini.nnt ada umur panjang aku update lagi eaa….ok wassalam…..babaiiii….daaaa…

    


πŸ’

Selipar anak bongsu tu warna hijau pink cartoon unicorn,selipar dia letak dalam kereta,malas den nak pi ambil,jadi sumber gambar dari Google…πŸ˜‚

Nota kaki : Day 17 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da  skip 4 hari tak update yaty, 
weii baru 17 hari ko update lamanya nak ke monthsary, cipta rekod harini aku menaip waktu tengahari, selalunya waktu maghrib baru aku menaip.

Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , sekecil2 pertolongan Allah adalah sebesar2 nikmat untuk aku sekeluarga , Syukur alhamdulillah.


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

0 coret kat sini:

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan