Hello guys, harini aku pi daftar tadika baru untuk anak bongsu pada tahun 2027, kenapa aku tukar sekolah? Sebab boleh dik….ngee…ok ok janganlah mawah, sebab aku nak cari environment baru untuk dia lagian kalau ada sebab pun lain pun tak perlulah aku nak disclose kat sini sebab P & C omputeh kata….🤧...err haaaa haaa jangan mawahhhh okey...peace yoooo😎
Semasa di Tadika tadi, aku jumpa owner tadika, muka cam familiar, beliau tak perasan aku, tapi aku kabolah it might be jumpa masa persatuan tadika, oh ye kenapa persatuan tadika? Sebab dulu aku uruskan tadika abang aku dari tahun Jan 2014 hingga Julai 2020(masa ni covic, banyak benda jadi, so aku terpaksa undurkan diri….masa tu jugalah….entahlah malas nak taip kat sini, biarlah ianya luput dalam ingatan 😷)
Jumpa owner tadika tu tadi dah macam kenal lama, konon cakap dengan mak akan balik awal, endup dari pukul 8 lebih hingga 10.30 pagi baru balik…see…haihlah dak yaty ni, pantang orang ramah, kemain story mory…tapi ada tapi ea, ramah2 dak yaty pun dia pilihlah org yang dia nak bercerita tu…bukan membuta tuli bercerita...huhuhu..
Next story ingatkan nak pi service kereta sebab notification kat meter dah tunjuk warning tanda seru , sesampai dibengkel owner bengkel tiada pi ambil kereta kata staff dia (patutlah call before pi tadi tak berjawab ,tengah naik motor), lepas tu kita kabo ke staff dia nak service kereta
“ nak service apa?"
“Service keretalah
“Yelah ,nak tukar minyak hitam ke? Gearbox?”
“Ikutlah mana kena service tu nanti buatlah”(masa ni aku dah nak jadi….👻 dah sebab eh eh eh dia ni kang manalah aku tahu apa yang kena tukar kan..., jangan risau staff bengkel ni mmg da kenal rapat dengan aku , so kalau aku jawab camtu pun depa duk gelak2 je cumanya aku jelah ghase mcm dia ni kang aku sekeh sat gi baru tau…huhu)
Endup tak service pun tadi sebab mileage next service patut 37000 ++ tapi meter tu baru 35000++ (walaupun notificatin kat meter dah bagi tanda seru kita abaikan jela kan?) , jadinya Mr Kok kata buat apa nak membazir, nnt tunggu mileage sampai 37000 baru datang service .(mana nak tahu, kalau proton service dulu mileage reach atau tak, kena datang service juga....kan yaty ni sorang lurus bendul? errr tiber...)
Oh ye tadi anak nombor 4 kena sawan waktu nak balik sekolah asbab dia tidur juga tu , patutlah pelik Ilfy sorang je kat luar, yang mak long ni cuba tenangkan diri, harapnya sawan dia reda bukan berlarutan sampai maklong sampai kat kelas dia , tak pernah2 dak ya kena sawan dekat sekolah, ini first time dia kena, 17 September 2026 , Khamis, inilah tarikh keramat dia kena , akan maklong kenang sampai bila2, balik tadi cuba call unit pediatric, malangnya banyak kali call diwaktu berbeza tiada sorang pun pick up the call (betul-betul teruji kesabaran ye...kalau ada staff hospital baca dekat sini sila komen kenapa ye tak jawab call ?....err) , pastu malam ni tadi pembantu ppki tanya keadaan dak ya, i isi terharu u know...panjanglah conversation tu nnt aku tepek kat bawah , penatlah nak taip satu2 even da ada keyboard terbaik menarik ko memang daboom...😂 maafkan daku... nantilah esok aku usaha untuk call lagi dan tanya boleh tak percepatkan checkup ya untuk tukar ubat sawan dia ni coz yang dia makan sekarang da sama dos dengan abg no 2 dia makan tapi still tak boleh control sawan dia, pelik juga, ya aku tahu ubat asbab , yang sembuhkan Allah...tapi kita juga kena usaha dan ikhtiar kan? lepastu barulah bertawakkal kepada Allah swt...semoga Allah permudahkan urusan maklong untuk call esok, aamiin aaminn ya rabbal'alamin..
Kadang-kadang bila datang ujian camni, mulanya rasa sesak dada bila fikirkan sorang diri handle 5 orang anak, sebab kalau boleh tak nak menyusahkan orang , selagi boleh handle sorang , maklong akan cuba handle sorang dengan pertolongan dan kekuatan dari Allah swt , tapi sapa tahu kan whatsapp kak Lin (pembantu PPKI) tanya khabar dak ya menjadi asbab Allah bagi ketenangan untuk mak long hadap ujian ini , rasa lega bila kak Lin cakap akan tengok2kan dak ya dan Ilfy, baikkan Allah ? Dia hadirkan ujian dan Dialah juga Hadirkan ketenangan dan jalan penyelesaian , inshaAllah , aamiin aaminn ya rabbal'alamin.. terima kasih buat warga PPKI Sekolah Kem Gerak Khas kerana anggap anak-anak PPKI macam anak2 sendiri, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik anda semua didunia dan diakhirat, aamiin aamiin ya rabbal'alamin. ...💖
| terharu 1 💖 |
| terharu 2 💖 |
Oklah cukuplah sampai disini coretan maklong buat maklong yang sedang repeat baca tu...eh...eh....ok wassalam ...babai...daaaa
Nota kaki : Day 4 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)
Cahaya Kehidupan : Hidup kat Dunia ni kan untuk berpenat-penat, moga kita semua dapat rehat diakhirat nanti, aamiin aamiin ya rabbal'alamin.💝



0 coret kat sini:
Post a Comment