Showing posts with label apc. Show all posts
Showing posts with label apc. Show all posts

Habuan

Kadang-kadang dalam hidup kita ni kalau tak ada ganjaran,pasti tiada motivasi untuk langsaikan sesuatu kerja, macam kitalah,kita kan Hamba Allah, kalau kita buat amal kita pasti nakkan pahala dan rahmat dari Allah dan kita pasti mengimpikan untuk masuk ke Syurga Allah, begitulah dalam kehidupan seharian kita , dalam apa jua pekerjaan,kita pasti nakkan bonus atau merit,sebab dengan adanya habuan seperti itu kita lebih termotivasi untuk bekerja (nampak sangat kau mata duitan T_T)

Sebenarnya punyalah aku cerita panjang lebar , aku nak cerita ni tadi masa kat sekolah, as per aku janjikan aku nak bagi dorang biskut chocolate chip beserta nama mereka dibelakangnya, macam ala-ala kau beli sobiner kau suruh tukang jual tu tulis nama kau kat belakang sobiner,gitulah ,cuma aku punya ni tak long lastinglah,kiranya kalau dah ngap,dah hadam dalam perut,then terus keluar dari situ dan hilanglah kenangan "sobiner" itu >_<



teka-teki : sila nyatakan kedudukan nama, Farez, Ainul,Damia dan Haikal >_< , ofcourselah tulisan macam tak cantik sebab cikgunya bukan cikgu pendidikan seni =p. ukiran (lah sangat) dibuat mengunakan Choki-choki. terima kasih sudi baca,wassalam.


tengah-tengah depa makan biskut ni

"sedaplah ustazah,nanti ustazah buat lagi"

kemain sesorang request, ni nak beritahu ustazah bukan kerja cop duit tau tetapi janji Allah didalam Al-quran jika kita suka memberi Allah akan tambah,jika kita kufur ,azab Allah amatlah pedih (INGAT TU),inshaAllah selagi ada rezki,selagi itu cuba memberi kebahagiaan pada mu anak-anak muridku....*tacing*


Coretan Cahaya Kehidupan : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Aku sangka....

Dahulu....aku fikir aku suka budak-budak aku boleh handle budak-budak diAPC tapi sangkaan ku meleset

"Dont expect u love the kids, u can handle them"

ya, satu pengajaran yang Allah beri padaku sampai aku pernah terfikir untuk give up sebab rasa lemah dan tak mampu tetapi satu doa penguat aku sampai sekarang

"Ya Allah jika ini pekerjaan yang baik untukku,baik untuk agamaku,baik untuk generasi akan datang,maka Kau kuatkanlah aku untuk berada dibidang ini kerana aku tak kuat untuk menghadapi cabaran dibidang ini..aamiin"

hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,Allah tolongku sikit demi sedikit,sehinggalah waktu ini pun,aku rasa terharu dan panjatkan syukur alhamdulillah kerana ada perubahan pada anak-anak diAPC. Meskipun bukanlah perubahan drastik tetapi atleast ada juga perubahan dan hikmah yang aku dapat disana.

Aku tenang kerana Allah,aku menangis kerana Allah,aku tak kuat melainkan kekuatan Allah, dan aku juga mahu mati dijalan Allah

Doakan ku kalian semua

Aku mahu hidup atas redha Allah

Dan pastinya aku dambakan matiku dalam Husnul Khotimah...aamiin

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kenapa tak datang?

"Kenapa tak datang khamis lepas?"

"pergi ceramah " jawab irfan(6tahun)

"haah pergi ceramah ustaz Kazim Elias" tambah aqil(11 Tahun)

"owh yang kat masjid Kem Terendak tu kan"

mereka mengangguk

"Ustazah punyalah tunggu nak buat kelas ganti,sampai tak pi sana T_T"

tak jadi nak marah because i like their reason

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan