Showing posts with label anak murid. Show all posts
Showing posts with label anak murid. Show all posts

Biasalah kan hari Ahad adalah hari....... > Maka Nikmat TuhanMu Yang Manakah Yang Mahu Kau Dustakan?

    Hai korang, today kan ahad, hari ahad adalah hari bermalas-malasan sedunia untuk seorang Yaty jika dia tiada kelas hafazan and of course for this week and next week tiada kelas disebabkan parent request untuk buat awal (dah buat ganti sesiap minggu lepas dan jumaat lepas, itupun parent yang bagi tarikh sebab selalunya kalau hakak yang bagi tarikh kekadang anak murid ada hal tak bole datang, jadinya yang senang kita tunggu jelah bila anak murid can datang *walaupun macam terbalik but its okay, im okay with it ...win win situations omputeh kata...ommelayu kata translatelah sendiri....😝hihihi ) sebab ada hal untuk this week and next week....(Jauhnya sambungan ayat atas tu, nasib ang la yang baca ni ngeee.....)

    Dah kata tadi bermalas-malasan tu, jadinya hakak bangun lewat sikitlah, sikit tu  dalam pukul 9.00 pagi...(Mesti korang ingat hakak bangun pukul 12 noon  kan kan....hihi..ye ye...kalau takde dahlah jangan seyes sangat ...😴, definisi hakak bangun lewat takat paling lama pun pukul 10,tu pun sebenarnya da bangun, golek2 atas katil sambil tengok fon...seingat hakak last pernah bangun pukul 12 pun masa duduk hostel time belajar Diploma dulu....sebab kat Hostel, mak takde...jadi taklah kena marah kalau bangun  lewat ehhh....ehhhh...ehhh guwau hakak guwau jek...) . Tadi hakak buat sarapan jemput-jemput jagung, sosej cheese goreng (hakak buat cam org jual kat tepi jalan tu, yang guna tepung beras, serbuk paprika, garam tapi hakak add on juga serbuk hilal,serbuk mee kari , untuk yang selepas goreng  hakak letak serbuk nachos , serbuk BBQ,serbuk hilal ,garam dan paprika... nampak tak betapa banyaknya kan...Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan anak2 berebut makan , Allah bagi sedap...syukur alhamdulillah 💝.Puas rasa dapat makan jemput2 cicah kuah (actually nak cicah sambal, malangnya tak jumpa plak dalam freezer, jadinya kita cicah dengan kuah kari je....but still rasa puas hati ,syukur alhamdulillah)

Sosej cheese goreng ala jual kat tepi jalan tu 😻

Jagung susu ala kat kedai dalam Econsave...😎



        Waktu petang pergi dobi untuk keringkan baju sebab ada toto yang besaq tu nak kena basuh dan  baju jadi bertimbun,so solution, basuh kat  umah, kita keringkan kat Dobi, settle masalah baju bertimbun tak  basuh tu, sementara pi keringkan baju, kami pi family store untuk beli lauk basah, dan  makanan untuk sarapan anak2 ke sekolah sepanjang minggu ni , masa ni Ilfy (anak no 3 tak ikut sebab dia nak teruskan kemas stor, manalah maklong tak sayangkan, dia je yang rajin nak kemas, hat lain...macam KERANA TERPAKSA KU RELAKAN, kerja tu jalan memang jalan tapi sat sat panggil maklong ni letak mana, sat sat lagi maklong tu letak mana....sat sat kemudian lagi...maklong....haaa camtulah..maklong ni istighfar je banyak2 kalau hadap situasi camni...dah lali orang kata), jadinya maklong bagi ilfy untuk buat order nak apa untuk dibeli di Family store nanti maklong belikan...as usual lah hat lain nak juga,tapi taklah sebanyak dak ilfy but takdelah banyak mana ilfy minta pun...huhuhu.

Zoom Out : member tengah masukkan barang dalam plastik , tengoklah betapa banyak barang tu, dia yang kemas sorang2 😢

Zoom In : Masa nak gi ni , mak long bagi  kiss kat dia dari dalam kereta...nak ambil hati orang kata, orang berbudi kita berbahasa ommelayu kata..

Fomo jap, viral kat thread,jadi maklong teringin nak cuba...dah buat and rasa. Lah....sama je rasa ,beza sikit je...but ice cream grape tu sedaplah makan camtu je...dah nama pun eskrim kan.... Memanglah makan camtu je... hurmm




    Masa on the way balik, Ilfy call kata plastik dah habis bila maklong nak balik katanya, maklong as usual akan kata dah nak balik tapi lepas letak call dia , maklong call nenek tanya nenek nak makan apa, then maklong pergi tapau makanan nenek dulu, waktu menunggu makanan nenek, dak ilfy dah call buat kali kedua, seraya maklong jawab, sat dah  bertolak balik tadi pi beli makanan nenek....(Maklong tak tipu eaaa cuma in the middle maklong kena beli makanan nenek jekkk......ngeee)

    So, pada akhirnya, alhamdulilllah stor siap dikemas, barang2 settle dibeli ,"maka nikmat TuhanMu yang manakah yang mahu kau dustakan?"  .Terima kasih Allah bagi anak2 faham dan ringan tulang untuk menolon Maklong , terima kasih Allah permudahkan urusan melalui anak-anak. Mak long tutup entry kali ni dulu ok , wassalam....babaiiii , daaaa

Nota kaki : Day 6 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)

Cahaya Kehidupan : sometimes....yang kita kurang tula membuatkan kita  lebih bersyukur dengan Nikmat yang telah Allah berikan...syukur Alhamdulillah diatas segala nikmat yang telah Allah kurniakan...💝

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Habuan

Kadang-kadang dalam hidup kita ni kalau tak ada ganjaran,pasti tiada motivasi untuk langsaikan sesuatu kerja, macam kitalah,kita kan Hamba Allah, kalau kita buat amal kita pasti nakkan pahala dan rahmat dari Allah dan kita pasti mengimpikan untuk masuk ke Syurga Allah, begitulah dalam kehidupan seharian kita , dalam apa jua pekerjaan,kita pasti nakkan bonus atau merit,sebab dengan adanya habuan seperti itu kita lebih termotivasi untuk bekerja (nampak sangat kau mata duitan T_T)

Sebenarnya punyalah aku cerita panjang lebar , aku nak cerita ni tadi masa kat sekolah, as per aku janjikan aku nak bagi dorang biskut chocolate chip beserta nama mereka dibelakangnya, macam ala-ala kau beli sobiner kau suruh tukang jual tu tulis nama kau kat belakang sobiner,gitulah ,cuma aku punya ni tak long lastinglah,kiranya kalau dah ngap,dah hadam dalam perut,then terus keluar dari situ dan hilanglah kenangan "sobiner" itu >_<



teka-teki : sila nyatakan kedudukan nama, Farez, Ainul,Damia dan Haikal >_< , ofcourselah tulisan macam tak cantik sebab cikgunya bukan cikgu pendidikan seni =p. ukiran (lah sangat) dibuat mengunakan Choki-choki. terima kasih sudi baca,wassalam.


tengah-tengah depa makan biskut ni

"sedaplah ustazah,nanti ustazah buat lagi"

kemain sesorang request, ni nak beritahu ustazah bukan kerja cop duit tau tetapi janji Allah didalam Al-quran jika kita suka memberi Allah akan tambah,jika kita kufur ,azab Allah amatlah pedih (INGAT TU),inshaAllah selagi ada rezki,selagi itu cuba memberi kebahagiaan pada mu anak-anak muridku....*tacing*


Coretan Cahaya Kehidupan : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tedekut



Situasi 1 :

Semasa rehat

"Ustazah dia TEDEKUT, tak nak bagi saya main"

"Apa....Tedekut?"

budak yang ditujukan tu menjawab

"Mana ada saya Tedekut"  

"dah..dah,main balik semula,kasi kad kat dia sekali"

(semua orang dah kena sindrom TEDEKUT T_T)

Situasi 2:

Semasa Mengaji

"ustazah boleh tak bagi 1 2 3"


"ha..." (aku blur jap)


"Ustazah bagi tahu 1 2 3"

(maksudnya dia nak aku kira 123 untuk dia mulakan bacaannya =_=")

Dan guess what kedua-dua situasi ini Pelakon utamanya adalah budak yang sama ,muka dia selamba je masa kata begitu ,yela baru 6 tahun kot ,aku dulu time tu pun macam tu gamaknya (agaknyalah),cuma sadis, aku tak ingat satu hapa pun kenangan zaman kanak-kanak aku ...sob..sob..ok itu je nak cerita ,terima kasih sudi baca ..k wassalam...



Sumber Gambar : Sini 

p/s: Kalau sayang Nabi,kita kena perbanyakkan selawat, jom Selawat sama-sama,

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

Tahniah,kamu sudah berselawat harini,esok kita selawat lagi k =)

 Coretan Cahaya Kehidupan : Jangan Tedekut(i mean Kedekut) nak bagi sedekah k,kerana apabila kita rajin bersedekah,Allah akan tambah,inshaAllah...




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan