Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Yang tak jelas sekarang adalah...... (Day 2 )

    Hai yaty, hai korang....wooo wooo kenapa hai kat diri sendiri tu? YTJT 😂...actually today relax sikit sebab anak no 4 cuti sekolah agama waktu petang asbab sambutan Maulidur Rasul katanya, but its okay, Ustazah bagi cuti kita cutilah, tapi kalau depa malas nak pi sekolah waktu kena sekolah, memang taklah hakak bagi cuti, dedulu pun mak hakak strict parent, nak cuti tu bila sakit tak boleh bangun je, selagi boleh bangun dan jalan u must go to school u know, itu yang sampai kami adik beradik, yakni hakak dan arwah adik hakak (Papa Mereka) dapat sijil 100% kehadiran ke sekolah di tahun yang sama (maksudnya pada tahun tersebut hakak dan arwah adik tak pernah cuti ok ...tak riak cuma nak bagi penjelasan dengan lebih jelas...hihihi) , kalau nak tunjuk bukti sijil pun boleh tapi ada tapi ye hakak malas nak pi ambil dalam file sijil (peace yoooo , jangan mawah....😆)


    Tadi kan hakak dapat panggilan dari CIMB Bank , biasalah mereka akan promot insurans and hakak ni as usual memang tak sampai hati nak matikan panggilan , jadi , hakak pun layanlah panggilan tersebut .


"kita nak tawarkan insurans buat puan, boleh saya tahu puan kerja apa?

"oh saya dah tak kerja asbab jaga anak-anak arwah adik saya"

"oh , jadinya puan kerja sendirilah ye"

"ye saya kerja sendiri, ajar ngaji waktu petang"

"owh....tulah kami nak nak tawarkan bla bla....(maaf tak ingatlah apa sebab masa ni, eh dia ni kang orang da kata tak kerja kan, awat nak promote lagi kan)

"jadi puan jelas tak apa yang saya sampaikan"

"ye saya jelas , yang tak jelas sekarang adalah duit saya, sebab sy tak boleh lagi nak tambah commitment baru sebab saya dah tak kerja lagi sekarang, maaf ye"

"ohhh..(dia ketawa masa ni sebab tak jelas dengan duit tu tadi =P), eh tak pe , puan tak buat salah apa pun, baiklah puan nnt mana tahu akan datang ada rezeki, puan boleh buat dengan kami" (masih lagi tak putus asa ye, gigih betul 😌)

"ok baik"

end call


    Hakak ni kekadang malas nak jawab panggilan dari no Office KL, sebab promote-promote camnilah, tapi apakan daya hakak kena jawab juga panggilan no yang dikenali asbab anak2 punya hal juga....jadi kenalah sabar dan redha jela...(kan Allah bersama dengan orang-orang sabar dan solat?) jadi, bersabarlah wahai Nur Hayaty....

    Cukuplah sampai disini, sepatutnya eh ko ni tadi cukuplah sampai sini pahtu ni nak citer lagi, ok ok sabarlah baru teringat ni, sepatutnya malam ni bawa anak2 jalan2 di bandar melaka,nak bagi dorang tengok lampu2 neon waktu malam (eceh walhal maklong yang nak tengok kan...baik ngaku cepat...😂), tetapi takdir Allah berkehendak lain, Busu nak datang malam ni untuk betulkan paip bawah sinki yang bocor...'ala kullihal , ada kebaikkan di setiap Takdir Allah, tiada sia-sia dari Allah...💝


    Ok, kalini betul - betul perenggan akhir, hakak tinggalkan entry ini dengan wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...ok wassalam....babai....daaaa



Zus sekarang da jual air coffee kat tepi jalan RM 3.90 je , oklah kan...sama je rasa dengan beli dekat kedai dia...(mandai je ko...padahal jarang minum Air Zus dan sewaktu dengannya, motif explain panjang lebar? 😂)

Nota kaki : Day 2 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)

Cahaya Kehidupan : Sangka baik dengan Allah, inshaAllah akan dapat perkara yang baik-baik dari Allah swt.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Layak tak???? See orang kalau tak kena pada diri sendiri, dia takkan rasa melainkan dia dah rasai sendiri barulah dia tau rasanya camne

hai koraang, hai yaty, mesti ko pun sibuk baca entry ko sendiri kan, well, sapa je nak baca kalau bukan diri sendiri ye tak?ok

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


hai korang, atas tu jwanji, mukadimah last yang ada dalam draft hakak, coz pah ni takkan ada lagi (inshaAllah) perenggan sekerat-kerat dari hakak, walaupun yang baca entry ni hanyalah hakak sendiri, tidak mengapalah, asalkan hakak tersipu-sipu senyum baca entry sendiri , itu sudah cukup bagi hakak (kisah plak hakak kan...😆)

Nak mula dari mana ye, semalam guna aku harini guna hakak plak , terima jelah ye, masa nak guna aku tu akulah, masa nak guna hakak tu hakaklah...halah halah halah....😂😂😂

harini 14 September, 2026, Isnin, as usual hakak masak makanan untuk anak2, oh ye today anak no 3 dan 4 cuti peristiwa asbab kejohanan olahraga hari sabtu ritu , jadinya bila anak2 ada, jadi mudahlah kerja hakak kan, jadi pembantu didapur dan of courselah anak no 3 lah boleh diharap coz no 4 baru umur 8 tahun.

Harini hakak masak Nasi lemak ayam goreng berempah(ayam berempah ni request by anak no 2, depa memang suka nau nau request itu ini , kan maklong dia ni Master Chef, order je terus buat eh itu tipu, maklong tengok mood juga tapi sometimes tengok perangai depa gak elok perangai maklong buatkan, tak dengar cakap....kirim salamlah....sila cuba lagi next time ok sambung lagi cerita and untuk sambal nasi lemak hakak buat sambal udang guna gula rendah calory k, kenapa kena mention sebab saja jek...tak boleh ke...keh keh keh 😜

Anak no 3 tadi bersemangat nak goreng keropok ikan baby kenapa baby?sebab keropok tersebut kecik2 dan nipis jek, sedap dimakan begitu saja eh eh ternyanyi ke tu....sapa tahu lagu tu maksudnya dia dah tua  gen millennial cam hakak....keh keh keh


kesimpulannya (dah macam buat karangan sekolah) anak no 3 mengangguk kepala ketika hakak cakap

"patut tak mak long marah masa Ilfy tumpahkan keropok dalam kereta"

dia mengangguk

"kan , orang kalau tak kena pada diri sendiri , dia takkan rasa melainkan dia dah rasai sendiri barulah dia rasa renyahnya  camner " 😎

pastu maklong sambung lagi


"camnilah mak long hari2 masak untuk korang, layak tak maklong marah kalau lauk tak habis makan, dahlah maklong penat masak sorang2, bila lauk tak habis, fuhh menusuk kalbu tauuuu...."(hat menusuk kalbu tu saja tambah bagi sedap ayat 😂

dia mengangguk


pelajaran harini : kita takkan rasa sakit atau seumpama dengannya melainkan kita sendiri sudah melaluinya.😷 Moga Allah bagi anak no 3 faham akan pelajaran done by maklong harini, aamiin aamiin ya rabbal'alamin



 bukti anak no 3 mengoreng keropok baby yang dia gemar makan 

Cukuplah untuk harini , hakak menaip entry ni dari pukul 8.45 malam , now dah 9.30 malam , see betapa ambil masa banyak nak kerah idea untuk menaip entry supaya hakak baca nanti biar hakak senyum2 sorang diri...hahahaha kelakarlah kan sendiri update sendiri baca sendiri ketawa sendiri bahagia eh eh...  tapi takpe asalkan hakak rasa tenang dan happy .... hakak ok je... ok...ok hakak undur diri dulu... wassalam....daaaaa


Cahaya Kehidupan : Kena ada EMPATI yakni sebelum nak buat sesuatu selalulah letakkan diri ditempat orang yang kena, kalau kita tak suka kena camtu , kita jangan buat orang camtu...✌

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan