Jom Buat Cornflakes Crunchies Bersama Mak Long

Assalammualaikum

Hai puan-puan bertemu lagi kita dalam rancangan Kuih Raya Pinky.Hari ni kita bersama tetamu jemputan iaitu Mak Long yang akan tunjukkan bagaimana nak buat CORNFLAKES CRUNCHIES atau nama melayunya Cornflakes bersalut coklat.silakan Mak Long.

Mak Long take over

ok..hai puan-puan seperti yang telah diwar-war kan tadi,hari ni Mak Long nak ajar cam ne nak buat kuih raya paling senang,tutup mata pun boleh buat ,serius....tak percaya ,jom kita lihat bahan-bahannya

100 gm cornflakes
50 gm kepingan badam
50 gm kismis Hitam(yang ni suka hati puan-puan nak letak ke tak,Mak Long tak suka..)
100 gm coklat masakkan(cairkan)

Mak long Letak pelbagai jenis kacang,seperti Kacang Hazel dan Gajus

Cara menyediakan :-

1. Satukan cornflakes bersama kepingan badam dan pelbagai kacang.Masukkan coklat yang telah dicairkan  itu dan gaul rata.

2. Sudukan sedikit cornflakes ke dalam mangkuk kertas.biarkan sehingga coklat kering. Simpan di dalam bekas kedap udara.

untuk menambahkan minat puan-puan untuk mencuba resepi ini,Mak Long da sediakan gambar masa Mak Long buat tadi...Let check it out bebeh...

Mak Long sedih nak cerita pasal coklat ni ,coz coklat ni buat hal tadi,kenapa ntah dia tak boleh cair,maybe da lama simpan dalam oven  tak guna-guna sejak kursus coklat hari tu.








coklat diatas tidak dapat digunakan untuk buat biskut ini
so,coklat ini akan menjadi santapan orang dirumah...=P

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Kacang Hazel



Rupa kacang hazel yang telah di racik



Kacang Hazel,Gajus dan Badam
(kena bakar dalam oven untuk masakkan ia)



Adik Mak long beli coklat ni di Family Store
Vochell coklat masakkan


terliur Mak Long =P




Inilah hasil setelah di gaul rata dengan bahan-bahan tadi



sudukan ke dalam bekas kertas



Beberapa dulang dapat di hasilkan oleh Mak Long tadi
fuhhh..letih Mak Long cerita
Pengacara sila take Over


ok puan-puan ,amacam,senang tak nak buat,
agak-agak boleh suruh incik husband tolong sama
(time ni nak lihat incik husband sayang kita lagi ke tak..ahaks..=P)
saya dari krew penerbitan Kuih Raya Pinky ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Mak Long  yang sudi berkongsi resepi kuih raya yang agak senang dan kacang je lah
bak kata Mak Long tadi
tutup mata pun boleh buat
...fuhh cayalah Mak Long..Tabik spring..toin..toin...

ok lah puan-puan jumpa lagi 
di hari dan waktu yang sama
didalam rancangan nombor satu di blog
Kuih Raya Pinky
sekian..

Coretan IOG : Best sangat melayan kerenah budak-budak masa buka puasa di Klebang Beach Resort tadi ^______^

Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Terima Kasih Anishaway,Zaer Dan Afiq

 Assalammualaikum...

Nampak tak perubahan Header blog ni,yaty tahu sejak 2 hari lepas,yaty banyak post entry-entry emo seperti entry ini dan ini,tapi alhamdulillah,hari ini tidak lagi.

 inilah header baru yaty
cantik kan
hasil ciptaan

Meh sini nak story sikit mengenai masalah yang yaty hadapi.Petang tadi minta tolong Anishaway buatkan header itupun zaer yang bagi link  Anishaway ,before that yaty memang da follow Anishaway ,kenal Anishaway, masa tu zaer credit Anishaway dalam entrynyer mengenai header baru zaer.So dari situ,da tahu  Anishaway ni pandai buat header tapi segan la nak minta tolong,baru je kenal,then kebetulan petang tadi meluahkan rasa kesedihan mengenai header kat zaer,then zaer suruh tinggalkan idea header kat entry  Anishaway.So,konon2 malu,tapi nak header baru punya pasal,tulis comment kat entry tu.Alhamdulillah disambut baik oleh  Anishaway.Maka terciptalah header seperti di atas ^__^


Nak dijadikan cerita,masa pasang header tu , view nya tak lah macam sekarang ni,ianya kecik je and gambarnya pecah.So,setelah mendapat kata sepakat (poyo je ayat..=P) di YM,Yaty beri Anishaway edit blog yaty.Dan jangan terkejut Anishaway dibantu oleh 2 orang blogger yang kacak dan tampan *ngampu ke apa ni..haish.. tak lah,ikhlas puji ni, mereka ni memang baik-baik belaka iaitu zaer dan AfiqBukhari.Kalau korang nak tahu kenapa mereka bantu,tanyalah dorang sendiri,tak mo bagi tau*ketawa..lalala..(lagipun Afiq and zaer memang teman blogger yaty pun hehe.. =])


Hasil gabungan mereka bertiga,maka masalah itu dapat di settlekan dengan jaya nya.Sekarang mereka bertiga telah mengembalikan SENYUMAN di hati yaty serta buatkan yaty terharu sampai tak tahu nak ucap macam mana...*nak nangis leh tak?...ok sila jangan poyo sangat ye cik yaty

Jom pakat ramai-ramai terjah blog mereka bertiga ni :-


Entry ni yaty tulis semalam,so,hari ini bila buka blog, header yaty da berubah jadi animated,terkejut sangat-sangat,terima kasih anishaway sudi animatedkan header sis.terharu ni..huhu..=]

IOG,
I'm just an Ordinary Girl
Love Respect Peace
(nice one :">)


Jangan lupa terjah blog mereka ye.Nak tanya pasal header pun boleh,tapi kena pandai ayat lah *ketawa..ok itu gurau..hehe =P


Coretan IOG : Alhamdulillah setelah mengalami masalah,Allah kurniakan pertolongan dari mereka.Terima kasih Ya Allah ^__^



Love Peace Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ceritaku pada 13 Ramadhan 1431 H


 Assalammualaikum

Maaf entry semalam sedikit emo,hari ini baru elok sikit mood *senyum .Alhamdulillah hari ini puan emak sudah beransur pulih ,terima kasih buat teman-teman yang sudi mendoakan kesembuhan demam puan emak.Bangun sahur tadi,puan emak yang bangun dulu dari yaty,kalo semalam masa puan emak sakit,puan emak kejut yaty suruh siapkan makanan sahur,pagi tadi,tiba-tiba je puan emak dah kejut bangun sahur,terus tanya kat dia "mak dah elok ke?,seraya dia jawab "adalah kurang sikit...Alhamdulillah,tak lah risau yaty nak ke tempat kerja pagi tadi.Dayah kalau puan emak sakit,dia memang prihatin,so ,tak perlu risau keadaan puan emak,dia boleh jaga dengan elok semasa ketiadaan yaty dan daus dirumah,tapi kalau puan emak da elok,hurm...asyik merayau je la ...*senyum

Ku masih mencari jalan penyelesaian header ku,ada yang membantu,antaranya Rina dan Lord Zara,thanks ya,dan yang lain jika ku tak perasan yang kalian ada utarakan sesuatu,ampun ya,even mereka  tak dapat menyelesaikan,tapi ku terharu kerana mereka sudi membantu.Kan ku sudah bilang,indahnya punya teman di taman maya ini,mereka sangat supportive.Maybe ada yang meluat untuk baca,asyik-asyik ku  puji dorang je..ku ingin sampaikan kepada mereka,ku sangat menghargai pertolongan seseorang,even orang hulurkan nilai sen rendah pun,ku akan kenang sampai bila-bila kerana kebaikan itu sangat indah untuk dikenang tetapi keburukan lebih baik dilupakan kerana takut jadi penyakit dalam hati.

 Harini seperti ku sudah bilang dalam entry lepas, Kak Ina ajak berbuka dirumah dia ,pasti keluarga mertua dia ada sama ,sebenarnya kan,ku segan nak pergi walaupun ke rumah kakak ku sendiri kerana ada keluarga mertua dia nanti,ahh...ku bukan keseorangan,kan daus,daya dan puan emak ada..layan je..*ketawa

ok lah,cukup kot sampai disini dulu,ku mahu solat Zohor.Oh ye,semalam dapat panggilan dari kakak sedara,dia nak tempah 300 biji chocolate chip,100 untuk dia ,100 untuk kak Ros dan 100 lagi untuk Fatin,uish...banyaknya ku bilang sama dia,dia jawab"ala boleh la,kuih tu sedap"..."hurm..okla".Tu belum termasuk untuk dirumah sendiri lagi tu. Maybe this week beli barang-barang untuk buat kuih raya.Maaf ya,tempahan online tidak dilayan =P *kejam sungguh statement itu..lalala.


Coretan IOG : dia masih lagi dingin denganku,ditanya ku buat salah apa,katanya tiada apa,ku tiada salah apa,ku tanya kenapa dia diam,dia bilang tiada benda nak cakap..hurm..apa-apa pun omogan kamu,ku rasa ada sesuatu yang kamu sorokkan dari ku,tak mengapalah..ku redha..ada hikmahNYA disebalik semua ini..



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan