Lama peram Entry, sekali....

 Lama tak bersiaran dekat sini,pejam celik pejam celik dah nak raya, banyak sebenarnya yang mahu diabadikan disini tetapi apakan daya,terlalu busy dengan kerja sehingga "me time" pun  tiada.

Covid da setahun lebih melanda....


Ayat diatas merupakan entry yang diperam lama ( dah la lama, siap tergantung lagi perenggannya,,,👀😂)  ,mungkin ketika itu aku memang nak update blog tetapi tak tau kenapa jadi cenonet camtu, hailah yaty, kenapakah awak semalas begitu. Hatta masa taip ni pun, guna keyboard baru (taklah baru mana, da lama beli tapi jarang guna,sebab now aku da kerja office, so mmg guna dekstop ofis jela, perlu ke terangkan panjang jela gini?) sambung cerita lagi.... tapi asyik typo je, nampak sangat da lama tak menaip.....

Harini 8 Julai 2021 (Khamis), aku ada kerajinan nak menaip, walaupun kadang2 rasa marah asyik tertekan huruf sebelah2 jek ni...nak tunggu rupa bentuk keyboard ni, nanti aku share gambar pada akhir post ni, tungguuuuu,,,,(macam ada orang nak baca entry ni kan....😂)

Sebenarnya ada lagi satu entry lama yang aku simpan draft iaitu detik2 hari aku konvo, kekonon aku nak abadikan kat blog ni, tapi cam aku kata, penyakit M nak menaip tu berleluasa lak , maafkan daku wahai yaty sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa...😆

Aku da tiada idea nak menaip, nanti aku cuba update lagi ye...


jap


jap


kata nak tengok


keyboard aku


lek ar


aku nak upload la ni



tunggu



eh mana ni




tarraaaaa






Nota Cahaya Kehidupan : Semoga Virus COVID ini segera lenyap diatas muka bumi ini, aamiin aamiin Ya Rabbal'alamin

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Semester baru dan terakhir, hopefully lah...^_^

Hai semua, hari ini 11 September 2017, Isnin, Semalam 10 September 2017 merupakan hari pertama kelas untuk semester baru iaitu semester 9, jika this sem lepas, tinggal lagi satu sem je nak perhabis, lepas tu GRADUATION, ya Allah tak sabarnya nak habiskan belajar,bukan mudah nak melaluinya dan tidak pula menyesali memulainya kerana ILMU ALLAH takkan pernah habis sampai kiamat.


Cerita diatas merupakan cerita sem lepas, harini 10 Macrh 2018 dan esok 11 March 2018 merupakan hari pertama kelas untuk sem last ini, oh ye...ini sem last, hopefully Allah permudahkan aku untuk habiskan pengajian pada sem last ini, Doakan aku k...terima kasih


entri ini sekadar memori diri, nanti habis belajar kita aktif balik k (ye ye or je tu....) (-_-)


Coretan Cahaya Kehidupan : Syukur alhamdulillah diatas semua nikmat yang Allah telah berikan pada ku.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Biskut Gery Salut Coklat VS Biskut Gery Salut Cheese

hai guys, weee dah lamanya aku tak ke sini ,serius wei,aku rindu, rindu sesangat dan ayat ni pasti akan menjadi mukadimah setiap kali aku nak update entry...bosan wei...bosan..tapi apa kan daya ,bila aku baca entry yang lama,aku senyum sorang-sorang (gila-gila juga aku ni an?) *hambar* =l , dan bila aku sedar akan kesenyuman itu aku pun rasa membuak-buak nak update entry but apa kan daya aku..................*sila isikan tempat kosong*.

Hari ini hari Sabtu bersamaan 25 Mac 2017, esok hari ahad bersamaan 26 Mac 2017, semester baru pun bermula,welcome to the student life guys eh tak to me la hihi...☺.ini adalah kali kedua aku ada kawan untuk pergi belajar sesama iaitu bersama fatihah, syukur alhamdulillah atleast ringan sikit bajet bila berkongsi kos perjalanan kan? *aamiin*

Ekseli, gini, aku nak cerita, kisahnya aku nak beli biskut gery salut cheese tu ,kalau korang tak familiar pi google ,tak kuasa aku nak tepek gambar walaupun hakikatnya pengakhiran cerita ,aku tepek gak gambar nanti...haha..*dush*

Aku mencari penjual di IG,alhamdulillah,aku jumpa setelah banyak kali aku buat research,hebat tak hebat nak beli biskut pun aku buat research untuk siapkan thesis kau...=P . Lepas tu aku dah sepakat dengan cikgu sekolah aku,nak beli yang bersalut coklat walaupun hati nak sangat yang cheese tapi aku pasrah dan redha bila cikgu tu nak coklat takmo yang cheese *muka redha*

Akhir sekali,seriuslah penat nak taip panjang-panjang,kena ingat aku bukan yang dulu,aku dah tua dah sekarang...motif...=P, sambung lagi ,nak dijadikan cerita perisa coklat itu rasanya biasa-biasa sahaja,so aku pun berhuhuhu lah dengan cikgu itu apabila dia pun tidak merasa teruja setelah merasainya.so, bersyukurlah kami dengan rezeki biskut gery bersalut coklat itu ,wajib bersyukur k,rezeki Allah bagi,jangan nak komplen bagai...*cermin*.

Pendek cerita walaupun perenggan atas dah mention akhir sekali ,kenapa ada perenggan ni lagi ye?hurmm..=P , adik aku ke indonesia kerana ada hal dengan bos dia kat sana,before one day dia balik, masa mak aku call dia,dia ada tanya nak pesan apa-apa tak,aku pun dengan pantas cakap "ce ko cari biskut gery salut cheese tu" , dia jawab "ha biskut apa tu"(biasalah adik aku ni mana ambil port biskut viral ni),"nanti orang anto gambar dia" kata aku dan dia pun jawab "ok".

so taraaaaaaaaa

jauh oii dia bermusafir , baru balik naik flight tadi,aku je belum pernah naik flight...sob..sob..
 p/s : gambar gery salut coklat malas nak upload...kwassalam..

Cahaya kehidupan : See, Hebatkan aturan Allah, Dia gantikan "kedukaan" itu dengan kemanisan pengakhirannya...Syukur Alhamdulillah.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan