Hai korang, hai yaty yang tengah baca ni, semalam tak update adalah kerana tiada mood untuk menaip plus dengan tak boleh nak upload gambar tu (memang sentiasa takde mood ye yaty…huhu), jadinya tadi setelah berusaha dengan jayanya, berjaya juga untuk upload gambar, jadi bersiap sedialah sat gi banyak gambar aku nak upload 👀(yeyeor je kan)
Aku cuba buat rumusan apa yang terjadi semalam, dak Milliyya muntah dekat sekolah agama , Ustazah call minta ambil, so bergegaslah maklong gi ambil dia dengan dak Ilfy. Keadaan dia jadi lebih teruk sebab muntah lagi dekat rumah sedangkan dak abang dah mandikan dia, baru salin baju…eh muntah lagi, jadi maklong decide untuk bawa dia ke klinik,masa kejadian before nak gi ke klinik, ada pertelingkahan antara abang dengan Aqil, kemain lagi fighting dah macam tengok boxing ,kita yang tengok ni a’uzubillahiminashaithonirrajim, sabarkanlah aku ya Allah, yang pasti yang kena pukul teruk dak abang la,jadinya selepas kejadian boxing tu, dak abang pun sibuk nak ke klinik nak minta ubat sakit tangan, bila kata makan panadol je inshaAllah Allah bagi hilang sakit tu, eh dia tak nak ea, nak kena dengar cakap dia aje, geram betul , again maklong ni cuba menahan diri dari nak marah2 ,jalan terus jela, sebab malas nak cakap banyak, penat i is penat u know , jenis abang kalau dia nak tu, nak ajelah,, kalau tak ikutkan nanti sampai sudah dia akan repeat cakap benda yang sama sampai maklong rimas(dalam hal ni ikutkanlah sebab Berkaitan dengan sakit badan kan, kalau tak Ikutkan nanti dia Jadikan alasan tak nak pergi Sekolah, oh ya memang Niat asal dia nak pergi klinik tu nak dapatkan MC dari Doktor , Mak long Suruh dia pergi minta sendiri Dengan doktor, Tetapi Malangnya doktor tak kasi, doktor kata lepas makan ubat esok boleh pergi sekolah. Jadi bermulalah episod Dia merengek cakap kalau abang dah makan ubat sakit lagi macam mana ayat tu aje lah dia ulang banyak kali sampai maklong rimas and ayat mak long bagi dekat dia ringkas dan padat iaitu kau kalau tak pergi sekolah esok bang kau jangan ikut mak long pergi mana-mana kau tinggal rumah,yes itu ayat keramat maklong Buat semua anak-anak yang buat perangai, sebab jenis mak long kalau cakap dia akan buat tak ada Tipu tipu, Jadinya asbab dia sakit tangan tu dak Ilfy lah Yang kena kemas dekat dapur, Suruh dak Aqil Tolong basuh pinggan dia refuse nak buat dan pada akhirnya ilfy pada mulanya kata tak nak buat ,ilfy Jugalah yang take over untuk basuh pinggan dan mak long kena teman dia basuh pinggan sebab dua orang tu dah masuk dalam bilik. Ya begitulah kisah semalam yang sangat memenatkan mental dan fizikal bukan cakap kosong ini semua real talk Eh ternyanyi lak (ce teka lagu apa? Ngeee),kesimpulannya hanya milliyya je dapat Mc , maklong minta dua hari kat Doktor sebab nak bagi dia rehat.Ini first time ever dia MC Selama dia duduk dengan mak long dua tahun ni,Nampak tak betapa maklong jaga Kehadiran sekolah mereka sebab mak long dulu pun nenek tegas bab kehadiran ke sekolah sakit tu tak boleh bangun aje baru boleh cuti selagi boleh bangun you must go to school😮💨.Panjang betul Perenggan ni kan , rasain looo...hihi,ok la sampai sini sahaja cerita untuk kali ni,today takde apa sangat jadi jalani hidup as usual cuma yang Aqil tu jela....hurm...dah lah nak undur diri ,wassalam ....babaiiii ...daaaaa
![]() |
| Bukti maklong teman dia basuh pinggan semalam |
![]() |
| sedap sgt makan telur soft conditions dengan sos kewpie roasted sesame bersama cili oil jenama ni,Alhamdulillah Allah bagi sedap |
![]() |
| Ada tak acik kantin baca blog kita ni?sila komen ehh tiber...🤣 |
Nota kaki : Day 11 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)walaupun sebenarnya ko da skip 1 hari.weii baru 11 hari ko update lamanya nak ke monthsary tu?🤧
Cahaya Kehidupan : tak semua benda yang kita cerita ,adakalanya apa yang kita pamerkan itu hanyalah cebisan dari kehidupan seharian kita 🥹






0 coret kat sini:
Post a Comment