Hello guys, wei last update 23/9/2026 , today dah 26/9/2026, weiii nak tanya asal ko tak update 2 hari lepas haaa??? Apa masalah kau ni yaty, bukan ke ko dah janji nak update hari2, paling koman pun ko skip sehari, ni dah 2 hari, pahtu skip seminggu pahtu sebulan sekali pahtu setahun sekali pahtu pahtu mukadimah sekerat2 lagi ke haaaa????? Wo wo wo wo, sabo sabo…relaxlah yang nak marah ni apa hal ea, biasalah, aku busy plus penat pahtu ko apa tahu aku handle emosi setiap hari, dengan nak hadap ragam 6 orang bawah jagaan aku lagi, pahtu dengan aku nak handle emosi aku lagi, bukan senang, tapi tulakan bukan senang pun bila kita direct Ngadu dengan Allah, inshaAllah lapang dada ni, jalan keluar sentiasa je Allah beri , cuma kena sabar….kekadang sekejap je kekadang lambat sikit, depends lah Allah nak bagi ikut Kehendak Allah, kita as Hamba , kena sabar dan redha…apa ye anak2 louder please…SABAR DAN REDHA…..😇
Aku ada je ni yaty, relax ko masih on track, masih lagi cuba do ur best, the rest leave it to Allah swt.Harini kan hari cuti, jadi anak2 kena buat extra kerja rumah lah apa lagi kan, aku nak didik mereka jadi lelaki BUDIMAN bukan lelaki TUAN, Arwah papa depa pun dan aku sendiri mak aku ajar seawal darjah 2 dah kena kemas rumah,so, mereka nampak contoh melalui teladan dimana semasa hayat arwah papa mereka, pandai buat kerja rumah plus pandai masak lagi, nak2 buttermilk chicken…(ya Allah tertelan air liur 😂) jadinya harini Mereka kena bersihkan kawasan bawah sinki dan sinki serta tempat letak pinggan mangkuk, dah berlumut kawasan tu, lepas settle situ aku bantu mereka untuk pasang wallpaper dinding kat kawasan sinki (kalau tak tolong caca marba nanti dinding den,sakit mata dan sakit hati plak kang bila tengok kejadian tak ikut piawaian den huhuhu), sejuk sikit mata aku ni haa bila masuk dapur, tengok dinding corak marmar pink…ye aku pengemar pink, dulu aku sangat obses dengan warna pink, kalau nak beli barang, mesti cari warna pink, kalau tiada , aku takkan beli pastu nanti aku moody….haishhh teruk betul ea obses pink aku dulu but now sejak2 aku dah tahu dalam syurga ada warna hijau tua, aku tanamkan dalam fikiran, kena suka warna hijau, nak masuk syurga kan?(Allahumma aamiin aamiin ya Rabbal’alamin) so now, jika takde pink, aku cari warna hijau plus aku juga suka warna2 pastel, tenang je bila tengok barang warna pastel ni (jadi kalau nak belikan aku hadiah belilah warna2 favourite aku tu walaupun aku tahu yang baca blog aku ni hanyalah aku sendiri but its okay…aku masih waras walaupun aku sorang2 baca entry sendiri sambil sengih2…hihihi…😎)
Aku settle tolong depa tampal wallpaper, abang teruskan dengan kemas dapur selepas lunch, aku pergi ambil Ilfy kat sekolah agama coz today ilfy ada Bengkel UPKK,Ilfy start tampal wallpaper dekat pintu depan dalam pukul 3 lebih until pukul 6 lebih baru settle sampai dindin g kawasan aku ajar ngaji, pastu Ilfy sambung tolong abang basuh carpet dekat kawasan sinki dapur plus ilfy ambil juga carpet kawasan bawah meja tempat aku ajar ngaji.malam ni tadi mereka buat rutin sama hari2, ilfy kemas depan, abang kemas dapur, aqil kerja dia kemas bilik mereka tidur dan bilik nenek, pada waktu malam aqil akan bentang tilam Marhaa dan akan pasangkan mesin CPAP maklong dan dak abang pula akan buat susu marhaa .so yeahhh mereka siap semua kerja ni barulah dapat reward main hp, today maklong bagi chance sebab dah banyak buat kerja rumah, jadinya dapatlah mereka 2.5 hours untuk main game, pastu hp akan terlock sendiri…kehkehkeh..😆
Oklah, tu jelah nak update, hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan tapi nak ikutkan mana ada hari yang lapangkan kan kan…..ok2 …wassalam…babaiiii…daaaa
Nota kaki : Day 9 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)walaupun sebenarnya ko da skip 2 hari.
Cahaya Kehidupan : Emosi kita , hanya kita sahaja boleh handle, bagaimana nak handle, Minta pada Allah lorongkan segala rasa yang kita ada, kembalikan kepada Allah supaya kita sedar nikmat gembira kita akan bersyukur, Ujian melanda, kita akan pohon kekuatan untuk menghadapinya dengan sabar dan redha…wallahu’alam…



0 coret kat sini:
Post a Comment