Showing posts with label Digi. Show all posts
Showing posts with label Digi. Show all posts

Hoi Diam Boleh Tak? || Hensem Muka Dia

Assalammualaikum readers,

Best sangat bila cuti sampai semalam , lagi best kalau cuti sampai Jumaat ni , lagilagilagi best kalau cuti sampai akhir bulan May ni , lepas tuh dapat ar surat notis pemberhentian kerja dari office kan =.= . Eleh korang pun sama cam aku kan, kalau boleh nak cuti je malas nak pergi kerja , apa?? Korang tak macam aku ? , korang suka pergi kerja…hurm ye la sebab korang ada admire kat office kan, sebab tu semangat semacam nak pergi kerja *gelak jahat. Yang penting tadi aku pergi kerja..haha

Meh sini aku nak cerita , hari itu dalam entry ini aku ada janji nak bawa anak-anak sedara aku pergi pantai kan , so kalau tak salah aku, last two week , aku bawa depa ni, yang terlibat adalah Amirul , Amirah Batrisyah , Uzair dan Amsyar . Semasa dalam kereta terjadi dua kejadian

Amirah : Arghhhh….arghhhhh….arghhhhh….*mimik muka tak boleh blah
Mak Long : Hoi….diam boleh tak? Apsal tetiba jerit ni?
*macam amirah faham plak kan,cakap pun tak pandai lagi.
Amirul : Mak Long Mira Memang cam ni , dia memang suka jerit
Mak Long : La yeke ,  ingat apa lah tadi

*first time dengar budak berusia setahun lebih menjerit-jerit tanpa sebab =.=

Amsyar : Mak Long..MaK Long..nengok muka Amirah , Hensem je bila dia buat muka cam tu
Amirul : oi cantik lah , bukan hensem, Mira perempuan bukan lelaki
Mak Long : ntah dak amsyar ni , kat sekolah BM dapat berapa ha? Cecakap2..
*berdekah-dekah kitarang gelakkan dak amsyar ni , amirah pun join sekali dengan jeritannya sambil buat mimik muka yang nak suruh orang lempang je…keh3..

Sampai je kat pantai, perghh panas giler , matahari terpacak kat atas langit tu , berpeluh-peluh aku jaga mereka ni , dalam 5 minit lepas tu amsyar bersuara

Amsyar : mak long nak air ,haus lah
Mak Long : amboi2 baru je main buaian tak sampai 5 minit ,da nak air, ah tak ada main dulu , lepas ni baru beli air (kedekut seh..haha)

Aku tak lah kejam sangat, lepas dia request untuk kali kedua barulah aku bagi duit kat dia, then dia pergi beli kat pak cik van tu . Tengah-tengah layan amirah , tetiba amirah cam tercekik gula mentos , aku tepuk-tepuk belakang dia , nampak dah ok ,lepas tu tetiba dia muntah , adeh , nasib baik ibubapa yang lain tak ada kat situ, so aku buat2 cover seperti tak ada apa-apa berlaku , terus panggil mirul untuk ambil tisu dalam kete . Lepas dah lap baju and mulut dia , aku dan dia lepak dalam kete je , malas aku nak keluar , MALU kot …=P

jom layan gambar plak...




Time ni dah dapat nugget and air
*pemurah betul Mak Long dorang kan..haha =P



Dia sorang je boleh makan mentos tu
*mentos ni jugalah penyebab dia tercekik..hukhuk


Muka ala-ala model memanglah sombong kan
sebab tu tak mahu tengok camera =.=


selepas 150 juta kali panggil model kecik ini masuk dalam terowong 
barulah Model kecik  gagahkan diri masuk ke terowong ini


budak ni yang buat aduan Rakyat tu
kalau tak pegang kaki dia untuk gayut kat benda alah ni
memang dia tak berani lah (pose for snap picture buat muka gagah konon)
*shane nak jadi askar ??
actually cita-cita dia nak jadi Ustaz Amirul 
ehemehem


saja je letak gambar ni tanpa buat rotation
*exercise neck namanya
kuikuikui

Kesimpulan aku nak simpul kat sini , perghh penat derr aku layan kerenah mereka berempat ni lantas buat aku berfikir sejenak , bagaimanalah nanti aku nak handle anak sendiri , baru 4 aku dah tak larat inikan pula kalau anak sendiri lebih dari empat *pejam mata..haish... tak tercapai akalku . Ala time tu kan En Suami ada , so kitarang leh jaga sama-sama nanti tak lah penat sangat..ecececeh..lariiii sambil blushing..=P

P/s : for the next schedule belum di tetapkan lagi, until further notice (merujuk kepada anak sedara)


p/s/s : buka nuffnang tadi, terkejut bila dapat 1 BE baru iaitu dari DIGI,Digi memang selalu sayang kat aku (perasan jek), banyak kali aku dapat BE dari dia , by the way terima kasih Nuffnang , korang nak tau petua nak dapat BE versi aku ,korang boleh klik link kat bawah ni :
1. Kelip-kelip Mata Comel versi 1
2. Kelip-kelip Mata Comel versi 2
3. Kelip-kelip Mata Comel versi 3

*kalau tak jadi jangan marah aku , aku manusia biasa , yang tentukan Rezeki Allah , so sambil-sambil tu korang berdoalah supaya dimurahkan rezeki k ....sayang korang...>_<

Coretan IOG : Excited tak kalau tetiba ada orang nak masuk meminang korang?tetiba teringat 
lagu ini

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Nombor Maxis Line Digi =.='

Assalammualaikum Readers


Kejadian siang tadi

watak : kak long,cahaya dan anak kak long

cahaya : Kak long minta nombor telifon,susah benor orang bisnes ni,asyik-asyik tukar nombor...*serius gila muka.=.='

Kaklong : 017-123xxxx

 cahaya : ok,bagus nombor maxis gak

Kaklong : ehh..taklah line digi lah,kak long dah switch

cahaya : ait,bukan ke nak switch tu,no depan kena tukar contoh 017 jadi 016

anak kaklong : isk tak lah mak long,switch je no tu

cahaya : owh ye ke,baru maklong tahu . ingatkan kalau nak switch kena tukar nombor depan tuh

Kaklong : la kau baru tahu ke,ish tak lah,remain yang lama cuma switch line je,nak topup kena beli DIGI la, tu sebab dak along(anak kaklong) bergayut 24 jam je,sebab call free digi ke digi(kalau dalam list buddies)

cahaya : buat 3G pun free ke?

anak kaklong : yup,free maklong,3G,sms,call etc

cahaya : ini line ke?

anak kaklong : taklah prepaid je,malah kalo topup rm10 , sampai expired ada lagi rm10 tu

cahaya : owh jimat nya

orang merah

VS

orang kuning

mana idaman kalbu??


p/s : apsal nengok daring je...ok find...nak kata cahaya out dated la tuh....=.=V

p/s/s: actually perbualan  ini panjang ,tapi telah di summary kan..

p/s/s/s : Now, Hot Ticket tetap di hati....kuikuikui..

p/s/s/s/s : da jumpa bakal suami nanti , ehem2.. baru nak tukar ke DIGI...boleh tak cam tu??? >__<

Coretan IOG : main bowling tadi,beselah,masuk longkang je lebih...Shalin Zulkiflin jadi coach cahaya leh tak * kelip-kelip mata comel kat dia....=P


Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Orang Kuning Mendominasi Buffered Earning


 Terima kasih Nuffnang atas BE yang Ke 6.Alhamdulillah...DIGI mendominasi sponsor blog cahaya ni..hehehe...Jom Tukar kepada orang KUNING....keh...keh..keh...


 Buffered Earning mengikut turutan :

1. Kalau mahu pakai Broadband,silalah langgan DIGI broadband




2.Kalau mahu nampak sentiasa muda macam Ning Baizura tu,silalah beli Olay 


3. Dutch Lady Friso Mum Online
 

4. Tangan gatal rasa macam nak beli HP baru,belilah Nokia C3 

 
 
5. DIGI Internet
 
 
 
 6. DIGI IPhone 4 Sustenance(oh yang ni memang cahaya teringin sangat nak beli...DIGI bagi hadiah iphone 4 kat cahaya leh tak?hehehe =P)

 
Coretan IOG : Menghargai sesuatu pemberian amalan yang mulia hehe...^__^



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan