Showing posts with label amirah batrisyah. Show all posts
Showing posts with label amirah batrisyah. Show all posts

Hoi Diam Boleh Tak? || Hensem Muka Dia

Assalammualaikum readers,

Best sangat bila cuti sampai semalam , lagi best kalau cuti sampai Jumaat ni , lagilagilagi best kalau cuti sampai akhir bulan May ni , lepas tuh dapat ar surat notis pemberhentian kerja dari office kan =.= . Eleh korang pun sama cam aku kan, kalau boleh nak cuti je malas nak pergi kerja , apa?? Korang tak macam aku ? , korang suka pergi kerja…hurm ye la sebab korang ada admire kat office kan, sebab tu semangat semacam nak pergi kerja *gelak jahat. Yang penting tadi aku pergi kerja..haha

Meh sini aku nak cerita , hari itu dalam entry ini aku ada janji nak bawa anak-anak sedara aku pergi pantai kan , so kalau tak salah aku, last two week , aku bawa depa ni, yang terlibat adalah Amirul , Amirah Batrisyah , Uzair dan Amsyar . Semasa dalam kereta terjadi dua kejadian

Amirah : Arghhhh….arghhhhh….arghhhhh….*mimik muka tak boleh blah
Mak Long : Hoi….diam boleh tak? Apsal tetiba jerit ni?
*macam amirah faham plak kan,cakap pun tak pandai lagi.
Amirul : Mak Long Mira Memang cam ni , dia memang suka jerit
Mak Long : La yeke ,  ingat apa lah tadi

*first time dengar budak berusia setahun lebih menjerit-jerit tanpa sebab =.=

Amsyar : Mak Long..MaK Long..nengok muka Amirah , Hensem je bila dia buat muka cam tu
Amirul : oi cantik lah , bukan hensem, Mira perempuan bukan lelaki
Mak Long : ntah dak amsyar ni , kat sekolah BM dapat berapa ha? Cecakap2..
*berdekah-dekah kitarang gelakkan dak amsyar ni , amirah pun join sekali dengan jeritannya sambil buat mimik muka yang nak suruh orang lempang je…keh3..

Sampai je kat pantai, perghh panas giler , matahari terpacak kat atas langit tu , berpeluh-peluh aku jaga mereka ni , dalam 5 minit lepas tu amsyar bersuara

Amsyar : mak long nak air ,haus lah
Mak Long : amboi2 baru je main buaian tak sampai 5 minit ,da nak air, ah tak ada main dulu , lepas ni baru beli air (kedekut seh..haha)

Aku tak lah kejam sangat, lepas dia request untuk kali kedua barulah aku bagi duit kat dia, then dia pergi beli kat pak cik van tu . Tengah-tengah layan amirah , tetiba amirah cam tercekik gula mentos , aku tepuk-tepuk belakang dia , nampak dah ok ,lepas tu tetiba dia muntah , adeh , nasib baik ibubapa yang lain tak ada kat situ, so aku buat2 cover seperti tak ada apa-apa berlaku , terus panggil mirul untuk ambil tisu dalam kete . Lepas dah lap baju and mulut dia , aku dan dia lepak dalam kete je , malas aku nak keluar , MALU kot …=P

jom layan gambar plak...




Time ni dah dapat nugget and air
*pemurah betul Mak Long dorang kan..haha =P



Dia sorang je boleh makan mentos tu
*mentos ni jugalah penyebab dia tercekik..hukhuk


Muka ala-ala model memanglah sombong kan
sebab tu tak mahu tengok camera =.=


selepas 150 juta kali panggil model kecik ini masuk dalam terowong 
barulah Model kecik  gagahkan diri masuk ke terowong ini


budak ni yang buat aduan Rakyat tu
kalau tak pegang kaki dia untuk gayut kat benda alah ni
memang dia tak berani lah (pose for snap picture buat muka gagah konon)
*shane nak jadi askar ??
actually cita-cita dia nak jadi Ustaz Amirul 
ehemehem


saja je letak gambar ni tanpa buat rotation
*exercise neck namanya
kuikuikui

Kesimpulan aku nak simpul kat sini , perghh penat derr aku layan kerenah mereka berempat ni lantas buat aku berfikir sejenak , bagaimanalah nanti aku nak handle anak sendiri , baru 4 aku dah tak larat inikan pula kalau anak sendiri lebih dari empat *pejam mata..haish... tak tercapai akalku . Ala time tu kan En Suami ada , so kitarang leh jaga sama-sama nanti tak lah penat sangat..ecececeh..lariiii sambil blushing..=P

P/s : for the next schedule belum di tetapkan lagi, until further notice (merujuk kepada anak sedara)


p/s/s : buka nuffnang tadi, terkejut bila dapat 1 BE baru iaitu dari DIGI,Digi memang selalu sayang kat aku (perasan jek), banyak kali aku dapat BE dari dia , by the way terima kasih Nuffnang , korang nak tau petua nak dapat BE versi aku ,korang boleh klik link kat bawah ni :
1. Kelip-kelip Mata Comel versi 1
2. Kelip-kelip Mata Comel versi 2
3. Kelip-kelip Mata Comel versi 3

*kalau tak jadi jangan marah aku , aku manusia biasa , yang tentukan Rezeki Allah , so sambil-sambil tu korang berdoalah supaya dimurahkan rezeki k ....sayang korang...>_<

Coretan IOG : Excited tak kalau tetiba ada orang nak masuk meminang korang?tetiba teringat 
lagu ini

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Dia budak perempuan yang comel sedang belajar nak jadi model


Assalammualaikum readers,

inilah Amirah Batrisyah


"bayar dulu kalau nak ambil gambar taya"
*blur sebab boikot tak bayar payment lagi..


Taya gatal kepala lah Mak Long
hek.hek..


"Mak Longgg, bawa Taya pergi kedaiiiii"



" Tayalah  model iklan ubat Gigi Mukmin"
*yang Halal mesti dicari...ecececeh


"No camera please
i busy buat keje ni"


"nak report kat polis sebab ambil gambar taya"

p/s : Taya = Saya

***************************************************

semalam petang bawa dia pergi pasar malam,dan kebetulan terjumpa dengan seorang kawan sekolah

kawan : anak kau ke yaty
aku : eh kau ni,tak Assalammualaikum lagi,tetiba tanya ni anak aku ke tak
kawan : waalaikummussalam
aku : ni anak sedara aku lah
kawan : oh ye ke,ingatkan anak
aku : banyaklah kau,kalau ni anak aku,mestilah husband aku ikut...ish
kawan : manalah tahu husband kau malas nak ikut ,ada tido kat uma
aku : ehhh banyaklah kau...

blablablabla..panjang lagi perbualan,malas aku nak tulis...keh..keh..keh..

moral of the story : lainkali bawa sekali en BF dalam kurungan kalau ada,baru lengkap Keluarga Bahagia...=.= *satu lempangan hinggap di pipi

p/s : dulu amirah tak mahu nengok kamera,this time POYO depan kamera >_<

Coetarn IOG : Gembira sangat apabila Amirah dah suka kat aku ^_______^

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan