WACC

Pada malam ini aku capai MP4 aku perdengarkan halwa telinga dengan lagu-lagu yang telah aku masukkan haritu sambil aku nak buat soalan-soalan yang Lecturer dah bagi pada kami untuk kami siapkan dan perlu dihantar pada hari sabtu ini.

Aku ni,kalau bab mengira ,memang seronok buat sambil dengar lagu tetapi kalau subjek membaca aku buat begitu,memang konfirm(err not so la,depends dengan daya IQ seseorang lagipun KONFIRM tu milik Allah bukan milik kita,ha ...ambikk panjang tazkirah aku..=P) apa yang aku baca tu adalah lirik lagu bukan lirik buku...err..

So,aku teruskan misi membuat soalan yang pertama which is Question one *tak sama makna ea dengan soalan pertama tu?perlu ke Q1?* T_T, ok sambung lagi, puaslah aku rujuk sana sini,Google "nak cari WACC",tak jumpa kot,memang ada yang tanya,dalam forum tu,tetapi Cost of Debt dalam soalan tu ada, cuma kena tahu formula lah,baru boleh buat,masalahnya soalan aku,company tak ada debt,so macam mana aku nak cari WACC tu kan? (bukan KLCC ea...jangan nak loyar buruk,aku tengah tak stabil ni,taip pun macam nak tak nak je ni even perenggan ni macam panjang berjela je,kalau tak ada mood mesti pendek kan? k...)

WACC= WeRe + WdRd (1-tax)

Dalam soalan pertama tu, Wd dan Rd tidak dinyatakan,sebab soalan tu kata (metafora),company tak ada hutang,so macam mana aku nak dapatkan WACC tu? ceciter ceciter...korang faham tak apa aku rasa sekarang?

Aku end up malam ni dengan entri ini dan aku nak masuk tidur,terima kasih kerana membaca,but please do support me...*tetiba*

Credit : Here

Pesanan untuk diri sendiri dan semua : Keep calm dan Jom Perbanyakkan Selawat  

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad 


Coretan Cahaya Kehidupan : Kita pandai bukan sebab kita pandai tetapi kepandaian kita adalah pemberian Allah ,jadi jangan berasa lebih dari orang lain,hakikatnya kita Bodoh tanpa "pertolongan" dari Allah,Wallahu'alam

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kata Ganti Nama



Kalau korang baca entry aku yang lepas-lepas pasti korang akan perasan penggunaan kata ganti nama bagi diri aku apa,dan aku pasti korang tak tahu aku guna kata ganti diri apa sebab aku tahu aku je yang baca balik entri kat blog aku ...err *pistol kat kepala* (jangan ikut itu hanyalah ayat hyperbo...oooooo ola kampung...=p)

Pada zaman dahulu *bunyi cengkerik* masa aku memula berblog, aku bahasakan diri aku Yaty, yela aku tak pernah bahasakan diri yaty kat orang lain,hanya kat blog je aku berani sebab mana aku nampak korang yang sedang baca ni kan,so tak malulah nak sebut nama sendiri,eh tak...bukan aku tak suka nama aku,sila baca betul-betul,orang melaka (tak pasti lah orang melaka daerah lain) yang aku ni area sungai udang,bahasa kan diri "orang" pada family ,sebagai contoh "emak orang nak keluar jap", bukan orang-orang tu tau T_T ,so aku tak berkesempatan nak guna nama sendiri kat dunia realiti,dunia maya pun jadilah ^_^.

Then lepas tu , aku guna domain cahayakehidupan.com , aku pun bahasakan diri dengan nama Cahaya atau CK(bukan jenama minyak wangi tu ea,aku perempuan k ) ,masa aku guna domain rancaklah juga blog aku masa tu,masa itulah aku cash Nuffnang aku dan itulah kali pertama dan terakhir aku cash sebab aku lenyap dari dunia blog dan mood nak berblog ke laut China Selatan  dan baru sekarang aku ada mood nak menaip balik even terkedik-kedik aku taip juga demi korang...eh.perasan betul..=P dan aku konon nak cash en Nuffnang tu,tetapi kesian akaun aku tak cukup haul untuk aku cashkan,jadi marilah sama-sama bantu aku (duit tabung belajar),sila klik iklan diblog ini...eh..terima kasih in advanced =)

Lastly,lepas aku ada mood nak berblog ni,aku guna kata ganti nama AKU untuk menyatakan diri aku  dan menceritakan tentang kehidupan aku dan kamu..eh...merepek..k wassalam..

Sumber gambar :Sini

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Coretan Cahaya Kehidupan : Siapa pun kita,walau setinggi mana pun pangkat kita,kita adalah Hamba YANG MAHA ESA, Ingat tu...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Maha Suci Allah (Part 1)

Aku tak tau nak mula bagaimana,tetapi aku pendekkan cerita sahajalah ea, mungkin aku bukan golongan penulis novel yang karang cerita macam "burung-burung terbang berkicauan ,angin kencang pun datang" k tak lawak pun awak...=_="

Kisahnya,pada tanggal 31 Ogos eh..tak..tak pada 6 September 2014(sabtu) aku pergi ke Masjid besi Putrajaya untuk Majlis Ijab&Qabul salah seorang adik beradik alam maya aku,best,itulah kali pertama aku bersua dengan dia,paling best (fefeeling kekonon +_+) ,first ayat yang keluar dari mulut dia adalah "kenapa muka along macam budak-budak?" (like serioulsy muka aku cam budak-budak?) aku terkejut kot masa tu,jarang orang kata muka aku macam budak-budak selalunya orang panggil aku KAKAK even orang tu aku rasa 10 tahun lebih tua dari aku,sadis kan? =(,but  well,berbalik kepada cerita tadi kan setiap orang punya pandangan yang berbeza,so tak payah nak argue sangat k....zzz =p


Marilah kita cerita rahsia(CSI ke apa rahsia bagai =_=) disebalik tajuk entri ini,semasa aku balik dari majlis itu,tergerak dalam hati aku,nak sangat beli sate Kajang dekat R&R Dengkil, kononnya nak bagi surprise la pada mak aku,"Mak orang beli sate",(sebab mak aku dah tak lalu makan nasi,kalau sate,dia OK =p) tetapi persoalannya bagaimana aku nak ke sana dari masjid besi?,ok memang betul neuron dalam otak aku bersambung mengatakan bahawa gunalah WAZE, but aku terfikir juga kalau perjalanan dari masjid besi ke R&R Dengkil itu memakan masa yang lama bagaimana?sebab aku duk bayangkan,masa aku ke masjid besi tu aku bukan exit ke KLIA,Shah Alam etc tu,aku exit ke kajang which is jauhlah kan pada pandangan aku masa tu. Aduh,time tu aku rasa,tak pelah lain kali jela,time aku ada kelas nanti aku belilah ,(sambil tu aku waze jalan untuk balik ke Melaka,yelah aku bukan orang KL mana tahu nak ke lebuhraya macam mana,lepas jumpa toll baru aku tutup waze,Motif aku cerita panjang lebar ni apa hal???)

Klimaks cerita ini adalah *ten ten ten tennnnnn* (dah kenapa kau nak ten ten sgt ni?? T_T),aku ikutlah waze tu and then semasa perjalanan nak keluar simpang ke lebuh raya,tiba-tiba aku rasa macam familiar je simpang tu,SUBHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH) rupa-rupanya simpang itu keluar ke arah dalam 5 KM macam tu ke R&R Dengkil,guessed what i feel that time? tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu sebab aku TERHARU DENGAN ALLAH,DIA BANTU AKU EVEN AKU HANYA TERDETIK JE DALAM HATI.Maka dengan penuh kesyukuran ,kesenangan kehatian,aku keberhentian (*over) ke R&R Dengkil dan aku bungkuskan sate Kajang sebagai BUAH TANGAN untuk famili aku ^_^


Sound macam tak logik kan,korang akan rasa aku reka cerita,tetapi tak mengapalah aku sekadar nak berkongsi,tetapi sebenarnya tujuan entry ini adalah untuk mengabdikan kenangan indah dalam hidup aku dan apabila usia aku dah menjangkau 50-an aku nak baca balik entry-entry kat blog aku(sebenarnya tak sampai 50-an pun aku dah duk baca balik berulang kali ...=p)

Sumber : sini 

p/s : Jom Perbanyakkan Selawat , Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 


Coretan Cahaya Kehidupan : entri ini kemungkinan akan berulang part by part cuma situasinya berbeza atau mungkin macam sama...=)



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan