Hoi Diam Boleh Tak? || Hensem Muka Dia

Assalammualaikum readers,

Best sangat bila cuti sampai semalam , lagi best kalau cuti sampai Jumaat ni , lagilagilagi best kalau cuti sampai akhir bulan May ni , lepas tuh dapat ar surat notis pemberhentian kerja dari office kan =.= . Eleh korang pun sama cam aku kan, kalau boleh nak cuti je malas nak pergi kerja , apa?? Korang tak macam aku ? , korang suka pergi kerja…hurm ye la sebab korang ada admire kat office kan, sebab tu semangat semacam nak pergi kerja *gelak jahat. Yang penting tadi aku pergi kerja..haha

Meh sini aku nak cerita , hari itu dalam entry ini aku ada janji nak bawa anak-anak sedara aku pergi pantai kan , so kalau tak salah aku, last two week , aku bawa depa ni, yang terlibat adalah Amirul , Amirah Batrisyah , Uzair dan Amsyar . Semasa dalam kereta terjadi dua kejadian

Amirah : Arghhhh….arghhhhh….arghhhhh….*mimik muka tak boleh blah
Mak Long : Hoi….diam boleh tak? Apsal tetiba jerit ni?
*macam amirah faham plak kan,cakap pun tak pandai lagi.
Amirul : Mak Long Mira Memang cam ni , dia memang suka jerit
Mak Long : La yeke ,  ingat apa lah tadi

*first time dengar budak berusia setahun lebih menjerit-jerit tanpa sebab =.=

Amsyar : Mak Long..MaK Long..nengok muka Amirah , Hensem je bila dia buat muka cam tu
Amirul : oi cantik lah , bukan hensem, Mira perempuan bukan lelaki
Mak Long : ntah dak amsyar ni , kat sekolah BM dapat berapa ha? Cecakap2..
*berdekah-dekah kitarang gelakkan dak amsyar ni , amirah pun join sekali dengan jeritannya sambil buat mimik muka yang nak suruh orang lempang je…keh3..

Sampai je kat pantai, perghh panas giler , matahari terpacak kat atas langit tu , berpeluh-peluh aku jaga mereka ni , dalam 5 minit lepas tu amsyar bersuara

Amsyar : mak long nak air ,haus lah
Mak Long : amboi2 baru je main buaian tak sampai 5 minit ,da nak air, ah tak ada main dulu , lepas ni baru beli air (kedekut seh..haha)

Aku tak lah kejam sangat, lepas dia request untuk kali kedua barulah aku bagi duit kat dia, then dia pergi beli kat pak cik van tu . Tengah-tengah layan amirah , tetiba amirah cam tercekik gula mentos , aku tepuk-tepuk belakang dia , nampak dah ok ,lepas tu tetiba dia muntah , adeh , nasib baik ibubapa yang lain tak ada kat situ, so aku buat2 cover seperti tak ada apa-apa berlaku , terus panggil mirul untuk ambil tisu dalam kete . Lepas dah lap baju and mulut dia , aku dan dia lepak dalam kete je , malas aku nak keluar , MALU kot …=P

jom layan gambar plak...




Time ni dah dapat nugget and air
*pemurah betul Mak Long dorang kan..haha =P



Dia sorang je boleh makan mentos tu
*mentos ni jugalah penyebab dia tercekik..hukhuk


Muka ala-ala model memanglah sombong kan
sebab tu tak mahu tengok camera =.=


selepas 150 juta kali panggil model kecik ini masuk dalam terowong 
barulah Model kecik  gagahkan diri masuk ke terowong ini


budak ni yang buat aduan Rakyat tu
kalau tak pegang kaki dia untuk gayut kat benda alah ni
memang dia tak berani lah (pose for snap picture buat muka gagah konon)
*shane nak jadi askar ??
actually cita-cita dia nak jadi Ustaz Amirul 
ehemehem


saja je letak gambar ni tanpa buat rotation
*exercise neck namanya
kuikuikui

Kesimpulan aku nak simpul kat sini , perghh penat derr aku layan kerenah mereka berempat ni lantas buat aku berfikir sejenak , bagaimanalah nanti aku nak handle anak sendiri , baru 4 aku dah tak larat inikan pula kalau anak sendiri lebih dari empat *pejam mata..haish... tak tercapai akalku . Ala time tu kan En Suami ada , so kitarang leh jaga sama-sama nanti tak lah penat sangat..ecececeh..lariiii sambil blushing..=P

P/s : for the next schedule belum di tetapkan lagi, until further notice (merujuk kepada anak sedara)


p/s/s : buka nuffnang tadi, terkejut bila dapat 1 BE baru iaitu dari DIGI,Digi memang selalu sayang kat aku (perasan jek), banyak kali aku dapat BE dari dia , by the way terima kasih Nuffnang , korang nak tau petua nak dapat BE versi aku ,korang boleh klik link kat bawah ni :
1. Kelip-kelip Mata Comel versi 1
2. Kelip-kelip Mata Comel versi 2
3. Kelip-kelip Mata Comel versi 3

*kalau tak jadi jangan marah aku , aku manusia biasa , yang tentukan Rezeki Allah , so sambil-sambil tu korang berdoalah supaya dimurahkan rezeki k ....sayang korang...>_<

Coretan IOG : Excited tak kalau tetiba ada orang nak masuk meminang korang?tetiba teringat 
lagu ini

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

9 coret kat sini:

emieysandra said...

yaty dipinang k? xsbar nk dgr berita baik nie~

emieysandra said...

yaty dipinang k? xsbar nk dgr berita baik nie~

Far8 budak baik said...

nymapah bace..kakak..mmg ar org nk cuti..gaji pun org nk haha =p
klo farid mmg dah cepuk dak amsyar tu..kelaka..mira tu kecik2 dh pndai beli mentos..peh
pastu perluke nk berangan
nk handle 4 org anak??hahaha
baru 4 belum sedozen..
pengsan terus haha

Cahaya Kehidupan said...

@emieysandra owh,sampai 2 kali tanya ni, ish mana ada,just pertanyaan je?hohoho =P

Cahaya Kehidupan said...

@Far8 budak baik eee budak ni nak kena sekeh ni , kalo nyampah jangan baca tapi peliknya tau plak isi kandungan ...haha =P

eleh,mana ada berangan, baru terfikir je..sedozen? wah...boleh buka club bola sepak cam MU tu kan...kekekeke

Far8 budak baik said...

bace ar..kak yg paksa..
hahahaha...
MU kalah dah hari tu..
hak3..
malam ni mesti kene menang..
hihi

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jika di pinang makna gua ..terlepas la

Cahaya Kehidupan said...

@Far8 budak baik eleh poyo je kan =P

yeke,ok malam ni MU menang hoyeah....*tgk pun tak....haha

Cahaya Kehidupan said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o haha,brutalsolo tak pernah mengorat pun shane nak dapat kan...=P

*pertanyaan je pun, tiada kena mengena dgn diri ini...=P

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan