Ketika perlawanan bola tampar di tempat kerja tadi,tergerak hati saya untuk mendongak ke langit, saya terkejut melihat awan begitu dekat jaraknya dengan kepala saya,mungkinlah saya ni gayat eh tak memang saya gayat pun >_< , Maha Suci Allah,saya memang suka tengok langit, awan,bulan bintang etc, sebab dengan melihat ciptaan Allah ,saya akan merasa saya ni Hamba je, bukan siapa-siapa pun.
Paling seronok,saya main kejar-kejar dengan awan itu, awan ikut gerakkan saya, saya ke kanan dia ke kanan, saya ke kiri dia ke kiri, oh, betapa gayatnya saya..=_="
Tetapi tidak kisahlah orang nak kata apa pun, bagi saya, selagi saya hidup, saya memang suka melihat alam yang begitu luas ini dan ia juga mengingatkan saya supaya tidak leka dengan dunia dan tidak tergoda dengan tipu daya syaitan (nau'zubillah)
ini disnap semasa di padang bola tampar (no edit and crop)
ini pula disnap semasa sampai dirumah (no edit and crop)..guess what,awan ikut saya balik...(ok saya tahu bumi berpusing :p )
Coretan CK : kita boleh sahaja kata itu kaedah Sains tetapi hakikatnya itu semua dari Allah, peace , renung-renungkanlah =')
0 coret kat sini:
Post a Comment