Hai korang, today kan ahad, hari ahad adalah hari bermalas-malasan sedunia untuk seorang Yaty jika dia tiada kelas hafazan and of course for this week and next week tiada kelas disebabkan parent request untuk buat awal (dah buat ganti sesiap minggu lepas dan jumaat lepas, itupun parent yang bagi tarikh sebab selalunya kalau hakak yang bagi tarikh kekadang anak murid ada hal tak bole datang, jadinya yang senang kita tunggu jelah bila anak murid can datang *walaupun macam terbalik but its okay, im okay with it ...win win situations omputeh kata...ommelayu kata translatelah sendiri....😝hihihi ) sebab ada hal untuk this week and next week....(Jauhnya sambungan ayat atas tu, nasib ang la yang baca ni ngeee.....)
Dah kata tadi bermalas-malasan tu, jadinya hakak bangun lewat sikitlah, sikit tu dalam pukul 9.00 pagi...(Mesti korang ingat hakak bangun pukul 12 noon kan kan....hihi..ye ye...kalau takde dahlah jangan seyes sangat ...😴, definisi hakak bangun lewat takat paling lama pun pukul 10,tu pun sebenarnya da bangun, golek2 atas katil sambil tengok fon...seingat hakak last pernah bangun pukul 12 pun masa duduk hostel time belajar Diploma dulu....sebab kat Hostel, mak takde...jadi taklah kena marah kalau bangun lewat ehhh....ehhhh...ehhh guwau hakak guwau jek...) . Tadi hakak buat sarapan jemput-jemput jagung, sosej cheese goreng (hakak buat cam org jual kat tepi jalan tu, yang guna tepung beras, serbuk paprika, garam tapi hakak add on juga serbuk hilal,serbuk mee kari , untuk yang selepas goreng hakak letak serbuk nachos , serbuk BBQ,serbuk hilal ,garam dan paprika... nampak tak betapa banyaknya kan...Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan anak2 berebut makan , Allah bagi sedap...syukur alhamdulillah 💝.Puas rasa dapat makan jemput2 cicah kuah (actually nak cicah sambal, malangnya tak jumpa plak dalam freezer, jadinya kita cicah dengan kuah kari je....but still rasa puas hati ,syukur alhamdulillah)
Waktu petang pergi dobi untuk keringkan baju sebab ada toto yang besaq tu nak kena basuh dan baju jadi bertimbun,so solution, basuh kat umah, kita keringkan kat Dobi, settle masalah baju bertimbun tak basuh tu, sementara pi keringkan baju, kami pi family store untuk beli lauk basah, dan makanan untuk sarapan anak2 ke sekolah sepanjang minggu ni , masa ni Ilfy (anak no 3 tak ikut sebab dia nak teruskan kemas stor, manalah maklong tak sayangkan, dia je yang rajin nak kemas, hat lain...macam KERANA TERPAKSA KU RELAKAN, kerja tu jalan memang jalan tapi sat sat panggil maklong ni letak mana, sat sat lagi maklong tu letak mana....sat sat kemudian lagi...maklong....haaa camtulah..maklong ni istighfar je banyak2 kalau hadap situasi camni...dah lali orang kata), jadinya maklong bagi ilfy untuk buat order nak apa untuk dibeli di Family store nanti maklong belikan...as usual lah hat lain nak juga,tapi taklah sebanyak dak ilfy but takdelah banyak mana ilfy minta pun...huhuhu.
![]() |
| Zoom Out : member tengah masukkan barang dalam plastik , tengoklah betapa banyak barang tu, dia yang kemas sorang2 😢 |
![]() |
| Zoom In : Masa nak gi ni , mak long bagi kiss kat dia dari dalam kereta...nak ambil hati orang kata, orang berbudi kita berbahasa ommelayu kata.. |
Masa on the way balik, Ilfy call kata plastik dah habis bila maklong nak balik katanya, maklong as usual akan kata dah nak balik tapi lepas letak call dia , maklong call nenek tanya nenek nak makan apa, then maklong pergi tapau makanan nenek dulu, waktu menunggu makanan nenek, dak ilfy dah call buat kali kedua, seraya maklong jawab, sat dah bertolak balik tadi pi beli makanan nenek....(Maklong tak tipu eaaa cuma in the middle maklong kena beli makanan nenek jekkk......ngeee)
So, pada akhirnya, alhamdulilllah stor siap dikemas, barang2 settle dibeli ,"maka nikmat TuhanMu yang manakah yang mahu kau dustakan?" .Terima kasih Allah bagi anak2 faham dan ringan tulang untuk menolon Maklong , terima kasih Allah permudahkan urusan melalui anak-anak. Mak long tutup entry kali ni dulu ok , wassalam....babaiiii , daaaa
Nota kaki : Day 6 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)
Cahaya Kehidupan : sometimes....yang kita kurang tula membuatkan kita lebih bersyukur dengan Nikmat yang telah Allah berikan...syukur Alhamdulillah diatas segala nikmat yang telah Allah kurniakan...💝








0 coret kat sini:
Post a Comment