Pertama Kali (Cinta Allah itu lebih membahagiakan)

Hari-hari aku lalui macam biasa sehinggalah pada  Isnin lepas bersamaan 10 November 2014, Kereta aku buat kali pertama dirempuh oleh Sang raksasa sang Waja yang tidak berperikemanusiaan atau memang mungkin dia tak sengaja (cuba untuk bersangka baik) ,betullah kata Arwah Abah,kadang-kadang excident ni bukan datang dari salah kita tetapi salah orang, itu yang terjadi pada aku,dialah yang salah,polis sila tangkap dia...T_T

Semasa kejadian itu,aku jadi shock(kemain speaking) lantas aku panik, panik sampai aku tak tahu kat mana nak berhenti ,yang langgar aku tu dah berhenti cuma aku je,aku je tak tahu nak berhenti kot mana sebab dia berhenti betul2 kat masuk simpang,how come kan? ramai duk kata "kau berhenti jelah,orang tahu kau excident ,tak ada maknanya orang nak marah", aku masa tu gamaknya tiada kekuatan,kekuatan untuk berhenti dan keluar jumpa dia walhal sebenarnya dia pun cuak kot muka masa aku pandang dia,macam nak pandang dengan tak nak pandang,gitulah, cuma aku fikir masa tu,sikit je kot (lah sangat), Tetapi apabila aku dah sampai sekolah,aku keluar tengok,ya Allah,mahu gugur jantung aku,punyalah remuk fender aku (nama fender ni aku baru tahu nama dia sebab adik aku yang bagi tau,kalau tak jangan harap aku nak tau) 

Panjang plak aku cerita,malaslah nak taip panjang-panjang lagi,aku anggap ini ujian dari Allah,bak kata seorang kakak, " semua Allah punya,Duit yang kita ada pun Allah punya", aku tak pernah dengar nasihat itu selama ini kerana selama ini aku yang berkata begitu pada orang,senang kan nak habaq gitu ,jadi pada diri sendiri kau juga kena dibantu dengan kata-kata itu,nah pada masa itu Allah hadirkan kakak itu untuk menenangkan aku,hakikatnya aku tahu,tetapi biasalah aku juga manusia biasa,tak terlepas dari perasaan sedih ,geram dan marah.

Cuma,aku sangat bersyukur,aku rasa perasaan yang negatif itu sebentar cuma,sukar aku nak gambarkan apa yang aku rasa tetapi apa yang aku boleh kongsikan, "apa yang kita rasa (seperti marah,sedih,kecewa,terluka atau apa-apa yang negatif) kita berbalik lah kepada Allah kerana setiap apa yang terjadi didalam hidup kita adalah dengan Izin Allah"

weii (ok sorry terkasar plak nak cakap hai cam awkward plak kan) aku orang biasa,biasa-biasa sahaja,kalau orang biasa macam aku,Allah pun sayang,Allah bagi aku rasa hikmah Nya, inikan pula korang yang baik,alim,taat dan husnudzon dengan Allah kan? so please,aku mohon,engkorang tak perlu nak jadi negatif jika something happened pada hidup korang sebab semua yang terjadi sudah tertulis sejak usia kita 4 bulan didalam kandungan ibu kita lagi, percayalah "cinta" Allah itu lebih membahagiakan dari segalanya.Dan aku percaya ,inilah cara Allah nak Mentarbiyah aku untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang






Sebelum



Selepas



p/s : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim


Coretan Cahaya Kehidupan : Hikmah Nya aku dapat pergi kursus Nadi.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

4 coret kat sini:

yoorin melacolea said...

baru 2 bulan lepas akk excident jugak.. tapi kes langgar orang.. kite yg langgar lori yg tak bagi signal nak u-turn .. dah laa tmpt tu tak boleh u-turn.. yg sedihnya, lepas berbincang nk bwk pi bincang tepi, dia plak yg lari.. sobsss..sakit nya hati dik.. =( insurans kite kena cover, saman pon kite jugak yg kena.. Allah. betul2 laa rasa ujian tuhan.. nikmat kena tarik.. sebb pergi kerja terpaksa drive motor.. nak bawak kereta asben x gheti sebab manual.. =( sedih..2 bulan jugak patah kaki x dpt berjalan.. hahahaha.. tabah ye..

Papaglamz said...

Penah rase jgak. After 2 weeks beli krete.. :(
Redha je la..

Cahaya Kehidupan said...

@yoorin melacolea tula semua orang pernah rasa,cuma cara handle sahaja berbeza,setiap yang terjadi ada hikmahNya kan kak? =)

Cahaya Kehidupan said...

@Papaglamz yup,memang sepatutnya kena redha sebab kita kan hamba Allah.

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan