Betul Cakap Mak long

     Hello guys , today mood da ok sikit , tadi keluar rumah awal 6.40 am, jadinya settle hantar mereka hari 7.20 am , harini aku masak kari ikan pari, ayam bakar (marinate dengan kicap abc, sos mayonis kwipe,minyak bijan, serbuk hilal dan sedikit kasih sayang eh eh ….sayang sapa tu??? 👀)

    Semalam Ilfy kata dia ada tournament stacking hari sabtu ni tetapi dalam masa yang sama, dia ada bengkel UPKK, so , as a Guardian dorang , aku kena bagitau mana lagi penting

“Mak long Ilfy ada pertandingan stacking sabtu ni”

“Kan sabtu ni ada bengkel UPKK,  tak payahlah join, UPKK ni lagi penting”

“Tapi pertandingan ni kalau menang dapat duit “

“Ala bukan ilfy boleh menang pun”(maafkan daku bukan downgrade kan dia tapi nak bg dia faham mana lebih priority buat masa sekarang)

“Ilfy boleh menang la maklong”

“Yeyeor je, dah2 tak payah join kalini , kena pi bengkel tu, bab duit tu nanti ada rezeki lain Allah akan bagi, dengar cakap maklong ni…”

“Ok”

End story

    

Tournament before this dia dapat no 5 dari 15 orang yang bertanding antara sekolah didalam Melaka tengah.(5 tempat je yang dapat hadiah,so dengan bangganya dia cakap “5 orang je dapat maklong”, ok tahniah, nanti cuba lagi untuk dapat nombor 3 teratas…😎


    Budak ni fikir seronok je , kita as penjagalah kena bagi arah tuju yang betul ,bukanlah aku cakap masuk tournament tu tak betul cumanya kena letakkan perkara yang utama dahulu , barulah dia akan fikir kembali apa betul maklong dia cakap. Semoga jika dah besar , dia jumpa blog aku ni, bila baca semula, dia akan cakap “BETUL CAKAP MAKLONG”…Oh by the way….hai Ilfy, dah jumpa ke blog maklong ni, kalau dah, sila komennnn…😆 , oklah cukuplah sampai disini,  aku undur diri, wassalam …babaiiii ….daaaa

Nota kaki : Day 8 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)

Cahaya Kehidupan : Di setiap takdir Allah ada kebaikkan yang tersembunyi, hikmahNya akan Allah bagi kita nampak apabila kita cari Allah dan ketika Allah beri kita rasa “ITULAH HIKMAHNYA” segala kesakitan dan kelukaan yang kita alami inshaAllah kita akan terlupa asbab HikmahNya yang sangat Indah belaka.Allahumma Aamiin aamiin ya rabbal’alamin.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

0 coret kat sini:

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan