Hai guys, dak yaty skip sehari tak update blog dek kerana semalam dak yaty bawa anak-anak jalan-jalan bandar menikmati lampu-lampu dimalam hari (as u know dalam entry ni ada sebab kenapa dak yaty tak bawa anak-anak pi.) Endup tak dapat pun bawa mereka makan angin lalu depan bangunan merah sebab da ditutup jalan , jadinya nak bagi dorang happy maklong bawa dorang pi klebang semula untuk main skuter dan motor and masa ni maklong pun join sekaki sebab apa sekaki sebab maklong pun menunggang skuter sekali…hihi…healing jap rasa bila main puising2….ala sesekali kasilah can, bukan selalu…😂
Mehlah kita cerita apa yang terjadi semalam, semalam sesampai disekolah , dak Ilfy
“Ala maklong Ilfy lupalah kena pakai baju melayu”
“Lah dah tu, semalam malam kemain lagi tidur “😓
“Maklong tanyalah cikgu”
“Aduh dah kenapa kena tanya cikgu plak…”
Dia krik krik masa ni…sebab tahu salah sendiri…dalam hati maklong mesti cari alasan tak nak pi sekolah ni…tapi maklong cuba lagi
“Cepatlah, nanti dak abang lambatlah”
Maka member pun keluar dari kereta dengan wajah yang sugul…dalam keadaan terpaksa ku relakan, kang maklong jadi singa…🙊(maybe lah monolog dalaman dia maklong tebak je…)😂. Semasa on the way ke sekolah dak abang dgn dak Aqil , maklong pun whatsapp cikgu Shu macam gambar kat bawah
Bila dah offer nak hantarkan tu(masa ni maklong expect cikgu kata takpelah maklong dah terlupa nak buat camne kan, sekali jawapannya lain ye….sob sob..) so maklong rushing la nak balik selepas hantar Marhaa (anak bongsu), dalam perjalanan call mak, minta tolong carikan baju Ilfy dan baju ya. Nasib dah asing siap2 mak kata, then sesampainya maklong dirumah, macam lipas kudunglah iron baju mereka , tengah2 iron baju, BFF call cakap Mak Huda meninggal , nak pi melawat, jadi maklong kabo, nnt lepas hantar baju anak2, aku pergi ambil dia kat uma. Jadinya hari Jumaat tu memang aku tak masaklah, sebab kitarang pi melawat sampai dikebumikan kitarang stay, masa tu dah pukul 10.30 pagi . Tapau lauk dekat klebang and makanan BFF tapau dekat bandar baru sungai udang dan selepas itu ambil marhaa and then hantar BFF balik rumah, on the way dari Umah BFF jam menunjukkan 12.00 tengahari, just on time, abg2 dia nak balik sekolah dah.Dahlah sampai situ jelah citer hari Jumaat, penat lah nak menaip…haih nasiblah ko ni pelupa yaty , jadi kenalah rajin menaip demi recall memori zaman akan datang 👀
Cerita harini, Ilfy ada bengkel UPKK , balik pukul 2.00 petang patutnya tapi Ustazah mesej dalam group kata coach ada masalah, datang lewat, jadinya extend sampai pukul 3.00 petang, yang kami ni , mak, maklong, abg,Aqil , Milliyya dan Marhaa semua pergi kenduri kahwin dekat bandar Melaka, jadinya before tahu Ilfy kena extend balik tu, kami ni lepas makan tadi ingat nak bergegaslah nak balik tetapi makteh tahan, suh tunggu pengantin berarak, nasib baik tunggu ko, kalau tak….eh sakitnya tuh disini didalam hatiku….huhu
Oklah endup kami sampai umah pukul 2 lebih, pastu tunggu staff Arip sampai untuk pasang kipas distor, pasang cctv di dua bilik belakang, lama wei bebudak ni buat…dari pukul 3.30 petang sampai maghrib baru siap, by the way salah sorang budak yang pasang tu rupa dia macam dak dak KL (kenapa dak dak KL, u guys can imagine rupanya camne, memang ada rupalah, macam ada kacukkan mat saleh…see see korang pun kalau jumpa mesti korang akan sangka dia dak2 KL gak…😆) tapi kawan dia kata budak tu budak kelantan…tapi ada lak tu tapi lagi… seriusly dia cakap tiada langsung slang kelantan…bak kata kawan dia , dia kelantan murtad kak….haishhh sabar jela… ok la , dah penatlah nak menaip(again penekanan penat tu eaa yaty) aku habiskan cerita dua hari ni sampai sini k, actually …..ya Allah yaty tadi kata nak habiskan, ni apa lagi actually ni….ye japlah, sebenarnya aku dah lupa dah pasal entry ni tapi tetiba Allah bagi ingat , eh entry masih tergantung, kalau nak sambung esok, pasti panjang berjela….malaih den nak baca panjang2 nnt…huhu…ok serius….aku undur diri…ok wassalam….babaiii….daaaa
Nota kaki : Day 5 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)
Cahaya Kehidupan : moga penat ini diredhai Allah swt, aamiin aamiin ya rabbal’alamin




0 coret kat sini:
Post a Comment