Betul Cakap Mak long

     Hello guys , today mood da ok sikit , tadi keluar rumah awal 6.40 am, jadinya settle hantar mereka hari 7.20 am , harini aku masak kari ikan pari, ayam bakar (marinate dengan kicap abc, sos mayonis kwipe,minyak bijan, serbuk hilal dan sedikit kasih sayang eh eh ….sayang sapa tu??? 👀)

    Semalam Ilfy kata dia ada tournament stacking hari sabtu ni tetapi dalam masa yang sama, dia ada bengkel UPKK, so , as a Guardian dorang , aku kena bagitau mana lagi penting

“Mak long Ilfy ada pertandingan stacking sabtu ni”

“Kan sabtu ni ada bengkel UPKK,  tak payahlah join, UPKK ni lagi penting”

“Tapi pertandingan ni kalau menang dapat duit “

“Ala bukan ilfy boleh menang pun”(maafkan daku bukan downgrade kan dia tapi nak bg dia faham mana lebih priority buat masa sekarang)

“Ilfy boleh menang la maklong”

“Yeyeor je, dah2 tak payah join kalini , kena pi bengkel tu, bab duit tu nanti ada rezeki lain Allah akan bagi, dengar cakap maklong ni…”

“Ok”

End story

    

Tournament before this dia dapat no 5 dari 15 orang yang bertanding antara sekolah didalam Melaka tengah.(5 tempat je yang dapat hadiah,so dengan bangganya dia cakap “5 orang je dapat maklong”, ok tahniah, nanti cuba lagi untuk dapat nombor 3 teratas…😎


    Budak ni fikir seronok je , kita as penjagalah kena bagi arah tuju yang betul ,bukanlah aku cakap masuk tournament tu tak betul cumanya kena letakkan perkara yang utama dahulu , barulah dia akan fikir kembali apa betul maklong dia cakap. Semoga jika dah besar , dia jumpa blog aku ni, bila baca semula, dia akan cakap “BETUL CAKAP MAKLONG”…Oh by the way….hai Ilfy, dah jumpa ke blog maklong ni, kalau dah, sila komennnn…😆 , oklah cukuplah sampai disini,  aku undur diri, wassalam …babaiiii ….daaaa

Nota kaki : Day 8 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)

Cahaya Kehidupan : Di setiap takdir Allah ada kebaikkan yang tersembunyi, hikmahNya akan Allah bagi kita nampak apabila kita cari Allah dan ketika Allah beri kita rasa “ITULAH HIKMAHNYA” segala kesakitan dan kelukaan yang kita alami inshaAllah kita akan terlupa asbab HikmahNya yang sangat Indah belaka.Allahumma Aamiin aamiin ya rabbal’alamin.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Sebab boleh dik….

     Hai korang, apa pandang2 , tahulah semalam aku skip tak update blog, walaupun aku tau takde sapa pun tanya , just aku nak cakap pada dak Yaty yang tengah baca ni, awat ko tak update semalam ea? Jap jap aku recall sebab apa ea…sebab boleh dik….hahaha..entahlah it might be semalam aku kepenatan kot, pastu ditambah dengan tiada mood lagi pahtu….pahtu….pahtu apa ea…..entahlah maybe sebab 2 tu je kot.

  

   Harini aku hantar budak ke sekolah as usual, bezanya harini aku dapat keluar awal sebab aku bangun awal hari before pukul 5 pagi aku da bangun, haa ce teka pukul berapa? Seyes yaty tak kelakar…hambar…huhu,  pastu settle hantar semua ke sekolah pun awal, dalam pukul 7.15 pagi , pastu as usual for monthly rutin kalau duit dah masuk , aku akan keluarkan duit kat atm then masukkan ke dalam maybank aku untuk bayar monthly commitment ,sebab semua commitment tu direct akan tolak dekat bank aku, so memang kena sediakan duit secukupnya untuk penolakkan tersebut, kenapa aku buat auto semua, sebab aku malas nak tekan satu2 untuk buat pembayaran dan yang kedua sebab banyak benda lain lagi aku nak kena handle, dah macam ko sorang je  yang banyak kena handle kan yaty…hurmmm…. Dahlah aku undur diri dulu…nak tidur…ok wassalam….babaiiii ….. daaaaa….


Nota kaki : Day 7 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)

Cahaya Kehidupan : biasalah tak semua hari kita akan OK, itu fitrah, yang tak OK bila kita terus menerus duduk dalam keadaan tak OK, camne nak jadi OK, Carilah redha Allah dalam setiap perkara yang kita perbuat.


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Biasalah kan hari Ahad adalah hari....... > Maka Nikmat TuhanMu Yang Manakah Yang Mahu Kau Dustakan?

    Hai korang, today kan ahad, hari ahad adalah hari bermalas-malasan sedunia untuk seorang Yaty jika dia tiada kelas hafazan and of course for this week and next week tiada kelas disebabkan parent request untuk buat awal (dah buat ganti sesiap minggu lepas dan jumaat lepas, itupun parent yang bagi tarikh sebab selalunya kalau hakak yang bagi tarikh kekadang anak murid ada hal tak bole datang, jadinya yang senang kita tunggu jelah bila anak murid can datang *walaupun macam terbalik but its okay, im okay with it ...win win situations omputeh kata...ommelayu kata translatelah sendiri....😝hihihi ) sebab ada hal untuk this week and next week....(Jauhnya sambungan ayat atas tu, nasib ang la yang baca ni ngeee.....)

    Dah kata tadi bermalas-malasan tu, jadinya hakak bangun lewat sikitlah, sikit tu  dalam pukul 9.00 pagi...(Mesti korang ingat hakak bangun pukul 12 noon  kan kan....hihi..ye ye...kalau takde dahlah jangan seyes sangat ...😴, definisi hakak bangun lewat takat paling lama pun pukul 10,tu pun sebenarnya da bangun, golek2 atas katil sambil tengok fon...seingat hakak last pernah bangun pukul 12 pun masa duduk hostel time belajar Diploma dulu....sebab kat Hostel, mak takde...jadi taklah kena marah kalau bangun  lewat ehhh....ehhhh...ehhh guwau hakak guwau jek...) . Tadi hakak buat sarapan jemput-jemput jagung, sosej cheese goreng (hakak buat cam org jual kat tepi jalan tu, yang guna tepung beras, serbuk paprika, garam tapi hakak add on juga serbuk hilal,serbuk mee kari , untuk yang selepas goreng  hakak letak serbuk nachos , serbuk BBQ,serbuk hilal ,garam dan paprika... nampak tak betapa banyaknya kan...Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan anak2 berebut makan , Allah bagi sedap...syukur alhamdulillah 💝.Puas rasa dapat makan jemput2 cicah kuah (actually nak cicah sambal, malangnya tak jumpa plak dalam freezer, jadinya kita cicah dengan kuah kari je....but still rasa puas hati ,syukur alhamdulillah)

Sosej cheese goreng ala jual kat tepi jalan tu 😻

Jagung susu ala kat kedai dalam Econsave...😎



        Waktu petang pergi dobi untuk keringkan baju sebab ada toto yang besaq tu nak kena basuh dan  baju jadi bertimbun,so solution, basuh kat  umah, kita keringkan kat Dobi, settle masalah baju bertimbun tak  basuh tu, sementara pi keringkan baju, kami pi family store untuk beli lauk basah, dan  makanan untuk sarapan anak2 ke sekolah sepanjang minggu ni , masa ni Ilfy (anak no 3 tak ikut sebab dia nak teruskan kemas stor, manalah maklong tak sayangkan, dia je yang rajin nak kemas, hat lain...macam KERANA TERPAKSA KU RELAKAN, kerja tu jalan memang jalan tapi sat sat panggil maklong ni letak mana, sat sat lagi maklong tu letak mana....sat sat kemudian lagi...maklong....haaa camtulah..maklong ni istighfar je banyak2 kalau hadap situasi camni...dah lali orang kata), jadinya maklong bagi ilfy untuk buat order nak apa untuk dibeli di Family store nanti maklong belikan...as usual lah hat lain nak juga,tapi taklah sebanyak dak ilfy but takdelah banyak mana ilfy minta pun...huhuhu.

Zoom Out : member tengah masukkan barang dalam plastik , tengoklah betapa banyak barang tu, dia yang kemas sorang2 😢

Zoom In : Masa nak gi ni , mak long bagi  kiss kat dia dari dalam kereta...nak ambil hati orang kata, orang berbudi kita berbahasa ommelayu kata..

Fomo jap, viral kat thread,jadi maklong teringin nak cuba...dah buat and rasa. Lah....sama je rasa ,beza sikit je...but ice cream grape tu sedaplah makan camtu je...dah nama pun eskrim kan.... Memanglah makan camtu je... hurmm




    Masa on the way balik, Ilfy call kata plastik dah habis bila maklong nak balik katanya, maklong as usual akan kata dah nak balik tapi lepas letak call dia , maklong call nenek tanya nenek nak makan apa, then maklong pergi tapau makanan nenek dulu, waktu menunggu makanan nenek, dak ilfy dah call buat kali kedua, seraya maklong jawab, sat dah  bertolak balik tadi pi beli makanan nenek....(Maklong tak tipu eaaa cuma in the middle maklong kena beli makanan nenek jekkk......ngeee)

    So, pada akhirnya, alhamdulilllah stor siap dikemas, barang2 settle dibeli ,"maka nikmat TuhanMu yang manakah yang mahu kau dustakan?"  .Terima kasih Allah bagi anak2 faham dan ringan tulang untuk menolon Maklong , terima kasih Allah permudahkan urusan melalui anak-anak. Mak long tutup entry kali ni dulu ok , wassalam....babaiiii , daaaa

Nota kaki : Day 6 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)

Cahaya Kehidupan : sometimes....yang kita kurang tula membuatkan kita  lebih bersyukur dengan Nikmat yang telah Allah berikan...syukur Alhamdulillah diatas segala nikmat yang telah Allah kurniakan...💝

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan