Hai korang, actually semalam dah buka new post tapi tidak kesampaian untuk update, entahlah tak tau napa, dah takdir kan (eh ko ni , ko yang malas nak update tetiba takdir kan?) ok2 sorry, ye sebab memang semalam macam kurang idea nak update, tetapi hari ini pun sama….hahahaha…..😂
Sejak sejak aku dah tukar tune masa bangun pagi ni, aku dapat lunaskan semua perkara yang aku nak buat dan yang paling best tadi settle hantar semua anak sharp pukul 7.09 pagi, guess what, pukul berapa aku keluar pagi tadi? Pukul 6.45 pagi. So Yeah, esok aku cuba maintain tune masa hari ni, inshaAllah aamiin aamiin ya rabbal’alamin
Hari ini aku masak mee kari untuk mak , ayam masak sos lada hitam plus sos kewpie roasted sesame (hat ni aku bakar dekat oven je) untuk anak-anak , oh ye today first time aku mesin cili letak minyak tak letak air, guess what, warna cili jadi lain, but surprisingly cili cepat masak, takde pun nak meletup2 kat kuali, mak aku tak tak tahu yang aku buat kuah mee kari dia guna cili mesin plus bawang letak minyak tu. selalunya mak aku ajar kalau nak buat kuah kari blend bawang besar dan bawang putih , lepas dah lumat barulah letak satu sudu serbuk kari dan 2 sudu cili mesin, tetapi tadi aku guna semata cili mesin plus serbuk kari jadinya kuah mee kari tu jadi pedas sikit la, nasib baik mak aku tak complain tadi, Alhamdulillah Allah bagi sedap….
Tak tau lah kenapa tak boleh nak upload gambar, keluar error suruh allow cookies , dah try cari, tak jumpa…i give up right now , dahlah, nanti2lah aku cari jalan nak allow cookies tu, harini cukuplah setakat ini, ye aku tahu boring sebab tiada gambar (walaupun takde sapa komen, sokay aku cakap pada diri sendiri ni …😆 weii aku masih waras ea cuma tabiat aku, aku memang suka bermonolog dalaman sebab aku budak sastera dulu yang bergraduasi dengan diploma akaun dan Bachelor Administration (hon) Finance (lari bidang kan?) sokay, kita hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan.ok wassalam….babaiiiii….daaaa
Nota kaki : Day 10 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)walaupun sebenarnya ko da skip 1 hari.
Cahaya Kehidupan : kita yang perlu buat pilihan ,samada nak jadi baik ataupun sebaliknya….😊



0 coret kat sini:
Post a Comment